27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kekecohan di T’ganu: 33 penyokong Selangor FC direman bantu siasatan

    Shopee Sale

    Sebanyak 33 penyokong Selangor FC direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang dicetuskan di Jambatan Angkat Kuala Terengganu semalam.

    Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

    Kejadian kira-kira 6.30 petang itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super membabitkan Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor ketika dihubungi berkata mereka antara kira-kira 400 penyokong yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu malam tadi bagi menjalani pemeriksaan saringan air kencing.

    MENARIK:  Pembangkang tolak MoU tak maksud rundingan tamat - Fahmi

    Dia berkata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin akan mengadakan sidang media berkaitan perkembangan lanjut kes berkenaan pada 2.30 petang ini.

    Terdahulu, tular beberapa rakaman video menerusi media sosial memaparkan sekumpulan penyokong Selangor FC berarak sambil membawa bendera pasukan dari arah bandar raya menuju ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu sebelum menyalakan suar ketika berada di tengah jambatan itu.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah