Pelakon Elisya Sandha tampil menjelaskan isu pemakaiannya yang mengundang kecaman ketika menyertai acara kecergasan Hyrox di Bangkok, Thailand.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elisya Sandha Bakal Sertai Hyrox – ‘Bukan Fomo, Saya Memang Bersenam & Suka Cabar Diri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elisya Sandha Sokong Kakak Tegur Pelakon Lewat Ke Set Penggambaran – ‘Tak Boleh Sesuka Hati Datang, Itu Kurang Ajar’
Boleh agak bakal dikecam

Ketika ditemui , Elisya atau nama lengkapnya Nur Elisya Sandha Hassan, 27, menjelaskan bahawa pemilihan pakaian tersebut dibuat hasil perancangan bersama rakan-rakannya.
Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, dia sedar penampilannya mencuri perhatian ramai namun memilih untuk mengutamakan pengalaman sepanjang menyertai Hyrox.
Kawan-kawan saya yang sertai Hyrox nak pakai baju yang sama. Saya hanya ikut saja, mereka yang uruskan.
Saya tahu saya akan kene kecam sebab pemakaian tapi apa yang penting saya dapat pengalaman bersama kawan-kawan.
Kalau pergi latihan saya tidak pakai seksi pun. Saya pakai t-shirt biasa saja. Cuma sebab kita di Hyrox mestilah nak bersiap. Nak rasa macam atlet.
Elisya berkata demikian ketika ditemui pada Balai Berita Bangsar, sebentar tadi.
Tambah Elisya, dia tidak terkesan dengan komen negatif yang diterima kerana sudah mendapat keizinan terlebih dahulu daripada suami berhubung pemakaian menyertai Hyrox.
Selain itu, Elisya berkongsi pesanan suaminya agar menjaga aurat kerana tuntutan Allah dan bukan semata memenuhi pandangan manusia.
Saya tak terganggu pun dengan komen-komen itu semua. Yang paling penting saya dah minta izin suami.
Suami izinkan. Itu juga satu rezeki dapat suami yang terbuka.
Dia percaya yang kalau saya nak menutup aurat, saya buat untuk Allah bukan orang lain.
The post [VIDEO] Elisya Sandha Pakai Baju Hyrox Dibeli Kawan, Sudah Dapat ‘Greenlight’ Suami – ‘Nak Rasa Macam Atlet’ first appeared on OHBULAN!.





