33.3 C
Kuala Lumpur
Monday, August 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AJL40: Amir Masdi Hargai Sokongan Peminat, Janji Terus Perbaiki Diri – ‘Saya Akan Bekerja Lebih Keras’

    Shopee Sale

    Penyanyi Amir Masdi meluahkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan terhadap dirinya selepas beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

    Artikel Berkaitan: AJL40: Saingan ‘Vokal Terbaik’, Amir Masdi Akan ‘Full Throttle’ – ‘Ada Perasaan Mahu Bawa Pulang Trofi’

    Artikel Berkaitan: ‘Mak Nak Saya Kahwin Umur 30 Tahun’ – Amir Masdi Masih Belum Temui Calon Isteri

    Amir Masdli luah rasa syukur

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Amir menzahirkan penghargaan atas sokongan, doa dan harapan peminat yang mengharapkan lagu Nurcinta meraih kejayaan di pentas AJL40.

    Penghargaan terbesar saya adalah untuk anda semua. Terima kasih banyak kepada semua yang mendoakan, menyokong dan berharap Nurcinta membawa sesuatu pulang malam tadi.

    Saya membaca mesej-mesej anda dan sejujurnya, saya sangat bersyukur dengan semua kasih sayang yang diberikan.

    Menurut Amir, dia bersyukur kerana berpeluang untuk berdiri di pentas berprestij itu dan memberikan yang terbaik menerusi persembahan Nurcinta

    Bagi saya, dapat berdiri di pentas AJL40 dan memberikan segala yang saya ada untuk Nurcinta sudah menjadi sesuatu yang akan sentiasa saya syukuri.

    Tahniah kepada semua pemenang dan semua yang telah memberikan yang terbaik di pentas tersebut malam tadi.

    Dalam pada itu, Amir berkata, dia akan terus berusaha untuk memperbaiki diri dan meningkatkan mutu persembahannya selepas ini.

    Insya-Allah, saya akan terus belajar, terus memperbaiki diri dan bekerja lebih keras. Banyak lagi yang boleh diperbaiki dan saya berharap ini bukan kali terakhir anda melihat saya di pentas itu.

    Amir turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan kepercayaan kepadanya, selain terus menyokong perjuangannya hingga ke penghujung pertandingan.

    Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan dan akhirnya terima kasih kepada semua peminat saya yang disayangi.

    Amir Masdi United, anda semua adalah tulang belakang dan sistem sokongan saya untuk terus kuat dalam industri ini. Saya sayang anda semua.

    Sumber: Threads Amir Masdi

    MENARIK:  Keluarga Masih Trauma Dengan Kejadian Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Tertusuk Leher Besi Ampaian

    The post AJL40: Amir Masdi Hargai Sokongan Peminat, Janji Terus Perbaiki Diri – ‘Saya Akan Bekerja Lebih Keras’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah