33 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cubaan zina di bilik jenazah: Jaga adab, Allah maha melihat – Zulkifli

    Shopee Sale

    Umat Islam dinasihatkan sentiasa menjaga adab dan akhlak serta menjauhi perbuatan tidak bermoral lebih-lebih lagi di rumah ibadat seperti masjid dan surau.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan berkata masjid dan surau merupakan tempat suci yang perlu dihormati serta dipelihara kesuciannya.

    “Ingatlah, apa yang kita lakukan itu, walaupun apa pun, akan dilihat oleh Allah SWT. Kita tak dapat lari. Semua kesalahan, apa yang kita lakukan akan dihisab oleh Allah SWT.

    “Jadi kepada semua, jagalah adab, jagalah akhlak dan patuhilah undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Sukan Peguam Syarie (SUKPES) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes seorang bekas siak dan wanita berstatus isteri orang yang dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada Khamis lepas kerana didakwa melakukan percubaan persetubuhan haram di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid di Melaka.

    MENARIK:  Bayi maut dikelar ibu sendiri

    Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan percubaan persetubuhan haram dengan pasangan yang bukan sah di sisi hukum syarak antara 8 pagi hingga 12 tengah hari, antara 1 hingga 30 April lepas.

    Dalam pada itu, Zulkifli berkata usaha memberi pencerahan, meningkatkan kesedaran serta membimbing masyarakat mengenai pematuhan syariah dan pembentukan akhlak dilaksanakan secara berterusan, merangkumi golongan muda hingga warga emas.

    Beliau berkata usaha itu dilaksanakan menerusi pelbagai program di masjid dan surau selain kempen di media sosial, termasuk bagi memperkukuh institusi kekeluargaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah