Penyanyi, Wani Kayrie mendedahkan seramai 61 penari telah terlibat dalam menjayakan persembahannya menerusi lagu Cak Cak Cekuk pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Tak Semua Kemenangan Datang Dengan Trofi, Wani Kayrie Buktikan Ketekunan Juga Layak Diraikan
Meriah!

Menerusi hantaran di Threads, Wani, 26, berkata, dia pada awalnya berhasrat untuk menampilkan lebih ramai penari di atas pentas, namun menyedari setiap perancangan perlu disesuaikan dengan kemampuan diri.
Keseluruhan persembahan saya menggunakan seramai 27 ‘human graphic’, 10 penari remaja wanita, 10 penari lelaki, 10 cilik wanita, empat cilik lelaki.
Kalau boleh nak buat macam-macam lagi, tapi dalam setiap keinginan, kita mesti belajar untuk ukur baju di badan sendiri.
Dalam hantaran sama, Wani turut menzahirkan penghargaan kepada kesemua penari terlibat selepas mereka memberikan komitmen terbaik meskipun hanya mempunyai tempoh lima hari untuk menjalani latihan.
Tapi sejujurnya, saya berbangga dengan usaha keras mereka walaupun latihan lima hari sahaja. Terima kasih atas kerjasama positif anda semua yang terlibat di sebalik tabir persembahan ini.
Terdahulu, persembahan Cak Cak Cekuk menerima ‘standing ovation’ daripada penonton yang hadir menyaksikan AJL40 secara langsung di Unifi Arena, Bukit Jalil.
AJL40 menyaksikan lagu Tiwikarma nyanyian K.O.I dinobatkan sebagai juara, diikuti Tak Adil oleh Aisha Retno sebagai Naib Juara, manakala tempat ketiga menjadi milik Lumangad Oku Dika nyanyian Ryenald Guntabid.
Kategori Vokal Terbaik pula dimenangi Marsha menerusi Tangisan Seorang Pendosa, manakala Aina Abdul menerusi Kamu meraih Persembahan Terbaik.
Aina turut membawa pulang trofi Ikon Shopee selain diumumkan sebagai wakil Malaysia ke Eurovision Asia Song Contest 2026.
Sumber: Threads
The post AJL40: Persembahan ‘Cak Cak Cekuk’ Meriah & Dapat ‘Standing Ovation’, Wani Kayrie Angkut 61 Penari Atas Pentas first appeared on OHBULAN!.





