IGNITE menjadi platform pertemuan barisan pemimpin pemasaran dan perniagaan tempatan untuk bertukar pandangan, idea serta inspirasi dalam mendepani landskap industri yang terus berkembang.
Artikel Berkaitan: Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026: Bintang Pickleball Dunia Gegar KL, Atlet Tempatan Sedia Tunjuk Taring
Artikel Berkaitan: Media Prima Omnia Perkenal #KitaMalaysia, Pakej Iklan Mampu Milik Untuk PKS Tempatan
Himpunkan pemimpin pemasaran

Program yang berlangsung di Park Hyatt Kuala Lumpur ini diadakan bertujuan untuk pemimpin industri serta golongan profesional berkongsi perspektif mereka, membincangkan perkembangan terkini dan meneroka potensi dalam dunia pemasaran, perniagaan dan media.
Antara perkongsian IGNITE adalah sesi daripada Kantar dan Idealogic, yang membincangkan tentang tingkah laku pengguna serta perubahan dalam pasaran dan dunia perniagaan.
Program tersebut kemudiannya memberi tumpuan kepada Media Prima, termasuk kepelbagaian platform yang tersedia untuk membantu jenama membina hubangan baik dengan sasaran audiens.
Sementara itu, sesi bersama Lauren Joyce pula, memberi sentuhan berbeza apabila beliau membawa hadirin menyelami nilai idea, pengalaman serta hubungan manusia selain, membuka ruang untuk para peserta menilai semula cara berfikir dan berdepan dengan perubahan.
Program tersebut kemudian diteruskan dengan TEDx Bukit Bintang “All of Us”, yang mengetengahkan barisan individu menerusi siri perkongsian mereka.
Sesi ini menampilkan Raven Kwok, Amy Blair, Juvita Tatan Wyan, Matthew Ngaru Jadu, Karl Fender, Prof. Gerry Bodeker, Mollie Rodgers, Karen Abraham, Faisal Fadzil dan Sarah Whyte, yang berkongsi pandangan dan idea mereka.
Keseluruhan pengisian IGNITE dirangka bukan sekadar untuk mempertemukan pemain industri, tetapi turut membuka ruang kepada pertukaran idea yang boleh diteruskan selepas acara berakhir.
Gabungan kandungan industri, penceritaan dan perkongsian daripada pelbagai perspektif menjadikan IGNITE sebuah wadah yang mempertemukan komuniti pemasaran serta peniagaan dalam suasana yang lebih terbuka dan berfokus.
Penganjurannya turut mencerminkan usaha Omnia dalam menggalakkan perbincangan yang relevan dengan perkembangan industri hari ini.
Daripada idea kepada tindakan, IGNITE meninggalkan satu ingatan bahawa setiap idea bermula dengan keberanian untuk melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza dan mengambil langkah untuk merealisasikannya.
The post IGNITE Himpunkan Pemimpin Pemasaran Malaysia, Perkasa Idea & Inspirasi first appeared on OHBULAN!.





