28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kehadiran saya lebih baik dari Hadi, tak payah bahas – Saifuddin

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan kehadirannya di Dewan Rakyat jauh lebih baik berbanding Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

    Semasa ucapan penggulungan di Parlimen hari ini, Saifuddin menyentuh mengenai perkara itu selepas Takiyuddin Hassan (PN - Kota Bharu) menegaskan dia tidak hadir semasa pengundian tempoh penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

    "Soal sindir saya datang tak datang, saya nak jamin satu perkara, kedatangan saya dalam dewan jauh lebih baik dari rekod Marang (Hadi) hadir dalam dewan. Itu fakta. Kalau setakat satu dua undi saya tak hadir apa sangat nak jadikan isu.

    MENARIK:  Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik sebelum bekal pada Australia

    "Rekod saya lebih baik dari rekod Marang hadir dalam dewan. Itu fakta, toksah dok bahas," katanya.

    Menurut data daripada inisiatif masyarakat sivil MyMP, Hadi hanya menghadiri 54 daripada 162 persidangan parlimen sejak 26 Julai 2021.

    Laman itu turut menyenaraikan Hadi sebagai salah seorang ahli parlimen dengan kehadiran paling rendah di Dewan Rakyat pada 2023.

    Laman web itu bagaimanapun tidak mempunyai data mengenai Saifuddin kerana dia kini seorang senator.

    Sebelum ini, Saifuddin merupakan ahli parlimen Kulim - Bandar Baru dari 2013 hingga 2022.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah