27.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kastam Pahang rampas rokok seludup lebih RM700,000 di Johor

    Shopee Sale

    Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang merampas hampir 920,000 batang rokok seludup dianggarkan bernilai hampir RM730,000 dalam dua serbuan berasingan di Kahang dan Paloh, dalam daerah Kluang, Johor.

    Serbuan itu dilakukan pada 18 dan 19 April lalu hasil maklumat awam dan risikan kira-kira seminggu di lokasi berkenaan.

    Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) JKDM, Ribuan Abdullah, berkata serbuan pada 18 April dilakukan di sebuah rumah teres dekat Kluang.

    Dalam operasi tersebut, katanya, JKDM Pahang merampas 663,800 batang rokok pelbagai jenis bernilai RM528,127.

    "Serbuan ini dilakukan kira-kira jam 12 tengah hari hasil maklumat daripada orang awam.

    "Pegawai dan anggota kami melakukan pemantauan di lokasi antara tiga hingga empat hari.

    "Selepas mendapati tidak ada pergerakan keluar masuk di premis itu, baru kita melakukan serbuan," katanya dalam sidang media di Kuantan, hari ini.

    Dalam serbuan pada 19 April pula, Ribuan berkata, pihaknya memecah masuk sebuah rumah kampung di Paloh selepas melakukan pemantauan hampir seminggu.

    "Untuk serbuan kedua yang dilakukan sekitar jam 5 pagi, kami menemui sejumlah rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM199,997.

    "JKDM percaya rokok yang dirampas ini dibawa dari negeri jiran menggunakan laluan laut.

    MENARIK:  Kes pedofilia: Polis Kelantan panggil pelajar dan guru

    "Ketika kedua-dua serbuan itu, tidak ada tangkapan dilakukan dan JKDM Malaysia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengenalpasti pemilik kediaman terbabit," katanya lagi.

    Dia berkata kes itu disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

    Semua rokok yang dirampas diklasifikasikan sebagai barang larangan bersyarat mengikut Butiran Satu, Bahagian Dua, Jadual Ketiga dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

    "Perbuatan memiliki rokok tanpa lesen import sah adalah kesalahan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

    "JKDM tidak menolak kemungkinan rampasan ini membabitkan sindiket berasingan, berdasarkan jenis dan jenama rokok dirampas adalah berbeza," ujarnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah