27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kapal kontena Hapag-Llyod terkena serpihan letupan berhampiran Selat Hormuz

    Shopee Sale

    Sebuah kapal kontena milik Hapag-Lloyd terkena serpihan letupan di barat Selat Hormuz, menurut syarikat perkapalan kontena terbesar di Jerman itu pada Khamis.

    Serangan tersebut menyebabkan kebakaran berlaku di atas kapal Source of Blessing, yang disewa oleh syarikat berkenaan, menurut jurucakap firma yang berpangkalan di Hamburg itu kepada Agensi Berita Jerman (dpa) bagi mengesahkan laporan media.

    "Anak kapal di atas kapal berada dalam keadaan selamat. Mereka berjaya memadamkan kebakaran dan mengawal keadaan dengan cepat," katanya tanpa mendedahkan lokasi kapal tersebut atas faktor keselamatan.

    Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) melaporkan sebuah kapal telah terkena "projektil yang tidak dikenali" di utara Dubai.

    MENARIK:  Dua penternak lembu S'gor ditahan, didakwa halang penjawat awam

    Perkapalan antarabangsa di wilayah Teluk telah berulang kali menjadi sasaran serangan Iran sejak Amerika Syarikat dan Israel mula menyerang negara itu pada 28 Feb.

    Beberapa buah kapal telah terkena projektil di dalam dan berhampiran Selat Hormuz, laluan air utama antara Iran dan Oman, ketika Iran berikrar untuk menyekat penghantaran minyak ke AS, Israel dan sekutu mereka dalam usaha meningkatkan kos peperanangan.

    Kapal Source of Blessing yang berdaftar di Liberia telah dibina pada 2003 dan berukuran 240 meter panjang, menurut perkhidmatan penjejakan VesselFinder.

    Kapal itu dilaporkan boleh membawa kira-kira 3,200 kontena standard.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah