Filem Khadam diumumkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) selepas mengenepikan empat calon hebat lain iaitu Macai, Mother Bhumi, Malam Terlarang dan Abah Saya Uncle Mike.
Artikel Berkaitan: FFM35: Lima Filem Rebut Gelaran Filem Terbaik, Khadam & Malam Terlarang Mendahului Pencalonan
Artikel Berkaitan: FFM35: FINAS Bangga Dengan Pencapaian Filem Tempatan, 10 Karya Berjaya Raih Lebih RM10 Juta Kutipan
Khadam menang besar!

Menerusi kemenangan itu, produksi filem berkenaan membawa pulang Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta daripada Kementerian Komunikasi dan FINAS.
Filem arahan Shamyl Othman itu mengisahkan Melor (lakonan Aghniny Haque), seorang wanita (bisu) yang terpaksa mewarisi saka keluarga selepas kematian ibunya, Nek Mak (Jun Lojong).
Selain itu, Khadam turut membolot tujuh kategori lain iaitu Tatarias / Solekan Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik serta Anugerah Khas Juri.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang FFM35:
1. Dokumentari Terbaik – Cekal: Kisah Bonnie Bunyau Gustin (Kayu Malam Productions Sdn Bhd)
2. Filem Pendek Terbaik – Salted Fish (Ikan Masin) (Kapsul Studio Sdn Bhd)
3. Poster Terbaik – Blues (Firdaus Mustapa)
4. Rekaan Kostum / Busana Terbaik – Aida Fitri Buyong (Gayong 2)
5. Tatarias / Solekan Terbaik – Jessie Yeow (Khadam)
6. Lagu Tema Terbaik – Tak Berlagu — Komposer: NJWA & Rendra Zawawi / Lirik: NJWA / Penyanyi: Ernie Zakri (Khadam)
7. Skor Muzik Asal Terbaik – Rendra Zawawi (Khadam)
8. Kesan Khas Visual Terbaik – Ameen Mustajab (Malam Terlarang)
9. Penataan Seni Terbaik – Soon Yong Chow (Mother Bhumi)
10. Penataan Bunyi Terbaik – Soo Yuen Yiet (Khadam)
11. Penyunting Terbai – Soo Mun Thye (The Waves Will Carry Us)
12. Sinematografi Terbaik – Haris Hue (Khadam)
13. Lakon Layar Terbaik – Fariza Azlina Isahak (Khadam)
14. Cerita Asal Terbaik – Sun-J Perumal & Sivanantham Perianan (Macai)
15. Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik – Defenderz Action Team (Tarung: Unforgiven)
16. Pelakon Wanita Harapan – Aila Azizul (Malam Terlarang)
17. Pelakon Lelaki Harapan – Mierul Aiman (Tarung: Unforgiven)
18. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Jordan Kuan (The Waves Will Carry Us)
19. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Ezarra Nurzhaffira (Zarra Zhaff) (Khadam)
20. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Kuben Mahadevan (Macai)
21. Pelakon Wanita Terbaik – Aida Amron (Badak)
22. Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Badak)
23. Pengarah Harapan – Ezrie Gazali (Abah Saya Uncle Mike)
24. Pengarah Terbaik – Shamyl Othman (Khadam)
25. Filem Terbaik – Khadam (Red Communications Sdn Bhd & Komet Productions Sdn Bhd
26. Anugerah Khas Karyawan : Panchacharam P. Naliah (Presiden Persatuan Penerbit Malaysia)
27. Anugerah Khas Sepanjang Zaman 1: Seniman Ahmad Yatim
28. Anugerah Khas Sepanjang Zaman 2: Seniwati Fauziah Ahmad Daud
29. Anugerah Khas Juri 1 : Aghniny Haque (Khadam)
30. Anugerah Khas Juri 2 : Filem Badak
31. Anugerah Khas Filem Box Office – Papazola The Movie (Monsta Studios)
The post FFM35: Khadam Dinobat Filem Terbaik, Bolot 10 Kategori! Bawa Pulang Dana RM1 Juta first appeared on OHBULAN!.





