26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan dua lelaki bagi bantu siasatan kes tentera maut terkena tembakan

    Shopee Sale

    Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes anggota tentera maut akibat terkena tembakan ketika menjalani latihan di kawasan hutan di Song, Kapit, Isnin lepas.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata kedua-dua yang berusia 31 tahun ditahan pada hari sama dan polis merampas satu senapang patah serta beberapa peluru penabur daripada mereka.

    “Siasatan mendapati mereka menjalankan aktiviti memburu secara haram. Seorang daripadanya telah melepaskan tembakan ke arah mangsa yang disangka binatang liar dalam kejadian 2.45 pagi itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

    Beliau berkata mangsa lelaki dalam kes itu merupakan seorang anggota tentera berpangkat koperal berusia 29 tahun dari 9 Briged yang berpangkalan di Sibu.

    “Mangsa cedera terkena tembakan di bahagian pinggang dan paha kiri. Dia dihantar ke Hospital Kapit namun meninggal dunia pada 7.43 pagi,” katanya.

    Mancha berkata hasil bezah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan dalaman yang teruk, dengan peluru penabur terbabit terkena pada hati. 

    MENARIK:  Kes culik: 4 lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan

    Beliau berkata kedua-dua lelaki berkenaan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Isnin lepas, Ketua Polis Daerah Song DSP Rowney Michael Jalak dilaporkan berkata anggota tentera itu dikenal pasti sebagai Koperal Petrus Linggi Liman dan kejadian berlaku ketika mangsa sedang melaksanakan latihan melibatkan kawasan am Kanowit-Nanga Dap-Song.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah