27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MCR Tinggalkan Kenangan Manis Buat 120,000 Peminat! Kerja Keras Hello Universe Membuahkan Hasil

    Shopee Sale

    Hampir 130,000 peminat membanjiri TM Stadium Nasional selama dua malam berturut-turut bagi menyaksikan persembahan kumpulan rock terkenal, My Chemical Romance (MCR), pada 19 dan 20 November lalu.

    Artikel Berkaitan: Konsert MCR Dapat Sokongan Inisiatif CEMI, Fahmi Fadzil Dedah Impak Positif Kepada Ekonomi Negara

    120,000 peminat puas!

    Konsert yang dinanti-nantikan sejak hampir 18 bulan lalu itu akhirnya menjadi kenyataan, sekali gus mencipta kenangan manis buat peminat yang sekian lama menantikan kehadiran kumpulan berkenaan ke Malaysia.

    Bukan sekadar persembahan muzik, dua malam tersebut turut dipenuhi momen penuh emosi apabila ribuan peminat menyanyi bersama, mengimbau kenangan lama dan menikmati untaian hit yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup mereka.

    Kehadiran hampir 130,000 penonton sepanjang dua malam itu juga menjadikan Kuala Lumpur antara lokasi dengan jumlah kehadiran terbesar dalam siri jelajah Asia Tenggara MCR kali ini.

    MENARIK:  Ezaidi Aziz Pernah Kena ‘Reject’ Berlakon Drama, Produksi Bagi Alasan Muka Lebih Kacak Berbanding Watak Utama

    Di sebalik kejayaan tersebut, usaha penganjur, Hello Universe membawa kumpulan itu ke Malaysia juga wajar diberikan penghargaan.

    Perjalanan selama hampir 18 bulan itu bukan mudah, bermula daripada pengumuman konsert dan sambutan luar biasa ketika penjualan tiket, sebelum berdepan penangguhan serta pelbagai cabaran sepanjang proses penganjuran.

    Namun, segala usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila impian puluhan ribu peminat untuk menyaksikan MCR secara langsung di tanah air menjadi kenyataan.

    Kejayaan penganjuran konsert berskala besar ini turut membuktikan Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi destinasi utama persembahan artis antarabangsa, bukan sekadar lokasi persinggahan dalam sesebuah siri jelajah.

    The post MCR Tinggalkan Kenangan Manis Buat 120,000 Peminat! Kerja Keras Hello Universe Membuahkan Hasil first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah