25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kanak-kanak lelaki jatuh longkang ditemukan lemas

    Shopee Sale

    Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang setelah terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan air deras di Taman Kota Jaya di Kota Tinggi, Johor Isnin lepas, ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata mayat kanak-kanak berusia sembilan tahun itu ditemui lengkap berpakaian dan terapung di permukaan air ketika pencarian diteruskan dengan menyusuri Sungai Johor, pada 10.20 pagi.

    MENARIK:  'Kes serangan jantung, strok, darah beku tiada kaitan vaksin AZ'

    Beliau berkata waris kanak-kanak itu telah mengesahkan mayat yang dijumpai adalah ahli keluarga mereka yang dilaporkan hilang.

    “Mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tindakan prosedur siasatan dan kes diklasifikasikan di bawah laporan mati mengejut (SDR),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Isnin lepas, sorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh ke dalam longkang semasa mahu mengambil seliparnya ketika hujan lebat dalam kejadian pada kira-kira 3 petang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah