25.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kanak-kanak hilang ditemukan maut, disyaki mangsa bunuh ayah kandung

    Shopee Sale

    Polis menemukan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang disyaki dibunuh sebelum ditanam di kawasan Rompin, Jempol di Seremban petang semalam.

    Ketua Polis Negeri Sembilan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu kira-kira 4.30 petang.

    Dia berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Johor Bahru pada 24 Julai lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta diklasifikasikan sebagai orang hilang.

    MENARIK:  Pesara rugi lebih RM90,000 diperdaya penipu dalam talian

    “Susulan laporan kehilangan itu, Polis Kontinjen Johor menahan lelaki dipercayai ayah kandung mangsa, berusia 36 tahun kira-kira 12 tengah hari pada tarikh sama (24 Julai) di Johor Bahru sebelum membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

    Dia berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah