Golongan isteri yang menjalani kehidupan berpoligami berkongsi situasi yang dilalui apabila suami menghabiskan giliran bermalam di rumah madu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tolak Poligami, Sebab Dah Jadi Pada Ibu Saya’ – Edika Yusof
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Bersuara Isu Nikah Di Thailand Meningkat, Sifatkan Undang-Undang Poligami Malaysia Lemah – ‘Lelaki Tak Ambil Peduli Hal Tanggungjawab’
Hidup bermadu

Menerusi ciapan yang dimuat naik, seorang pengguna Threads mengajukan persoalan mengenai perasaan isteri yang hidup berpoligami.
Nak tanya perempuan yang hidup bermadu.
Masa suami tengah giliran bermalam dengan madu, korang rasa dengki tak?
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian golongan isteri yang hidup berpoligami apabila ramai yang mengakui berasa lebih tenang dan bahagia ketika suami bermalam di rumah madu.
Selain itu, kebanyakannya mengakui urusan rumah menjadi lebih ringan apabila tidak perlu memasak serta berpeluang meluangkan masa bersendirian di rumah.
Tak dengki langsung, lagi seronok suami tiada. Boleh tidur lambat dan tak perlu masak sangat.
Saya gembira dia tiada. Lebih kepada tak perlu masak dan nikmati hari dengan indah.
Kalau lama pun tak kisah sebab boleh pergi jalan-jalan. Janji duit dan nafkah diberi.
Bahagia tanpa suami




Sumber: Threads @mudaprimulaaa
The post Isteri Berpoligami Akui Bahagia Bila Suami Balik Rumah Madu – ‘Boleh Gantung Kuali & Me Time’ first appeared on OHBULAN!.





