25.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siti Nurhaliza Titip Kata Semangat Buat Ibu Keguguran 19 Minggu – ‘Anakanda Nanti Menanti Di Syurga…’

    Shopee Sale

    Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menitipkan kata-kata semangat kepada seorang individu yang baru sahaja berdepan ujian kehilangan kandungan pada usia 19 minggu.

    Artikel Berkaitan: Wanita Luah Hasrat Mahu Timang Cahaya Mata, Nasihat Siti Nurhaliza Raih Perhatian – ‘Hari Arafah Nanti Doa Seikhlas Hati & Mohon Keampunan’

    Artikel Berkaitan: Wanita Tak Sangka Kakak Banyak Terima Pesanan Selepas Siti Nurhaliza Bantu ‘Promote’ Cinnamon Roll – ‘Kami Akan Ingat Kebaikan Dia’

    Kata-kata semangat

    View on Threads

    Menerusi satu komen di Threads, Siti Nurhaliza menyifatkan setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang ditetapkan oleh Allah SWT.

    Memahami apa yang dilalui individu tersebut, Siti Nurhaliza turut memberikan kata-kata penguat semangat agar individu tersebut terus reda dengan ketentuan Ilahi.

    Segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

    Aturan Allah SWT adalah yang terbaik.

    Reda kerana anakanda nanti menanti di syurga.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Anta Permata itu, turut berkongsi kemungkinan keguguran terjadi kerana keadaan janin yang tidak kuat.

    Bila ada keguguran biasanya baby tidak kuat atau tidak membesar dengan baik. Inshaa-Allah ada rezeki lagi nanti.

    Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian yang rata-ratanya turut mendoakan agar individu tersebut dikurniakan rezeki untuk mengandung lagi pada masa hadapan.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah Paksa Diri Untuk ‘Move On’

    Terdahulu, individu berkenaan meminta orang ramai untuk menitipkan doa kepadanya agar kuat berdepan dengan ujian tersebut.

    Sumber: Threads

    The post Siti Nurhaliza Titip Kata Semangat Buat Ibu Keguguran 19 Minggu – ‘Anakanda Nanti Menanti Di Syurga…’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah