32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia jadi syurga pendatang asing akibat rasuah – Putra

    Shopee Sale

    Parti Perkasa Bumiputera Malaysia (Putra) mendesak kerajaan agar mencontohi dasar pelarian ketat yang diamalkan oleh Australia bagi membendung masalah lambakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini.

    Presiden Putra, Ibrahim Ali berkata, pintu sempadan negara yang mudah dibolos telah menjadikan Malaysia sebagai "syurga" buat golongan berkenaan susualan masalah rasuah yang didakwa menular dalam kalangan pegawai penguat kuasa.

    Ibrahim Ali

    “Kenapa Thailand dan negara jiran yang lain tidak menjadi sasaran PATI. Sebabnya negara lain tegas dan tiada tolak ansur dengan PATI. Malaysia adalah syurga PATI kerana segala-galanya bocur akibat rasuah dan pemimpin serta pegawai kerajaan ada yang tidak bertangungjawab.

    “Sepatutnya kawalan ketat dan tegas di semua sempadan negara saperti yang dilakukan oleh Australia dan Eropah, tidak kira apa status PATI mesti disekat dan halau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    MENARIK:  Pemaju nafi serangan buaya berlaku di Forest City

    Bekas timbalan menteri itu turut mencadangkan agar had kemasukan PATI disekat kepada maksimum 200,000 orang sahaja, manakala baki selebihnya perlu diusir dari negara ini tanpa sebarang tolak ansur.

    Selain itu, dia juga menyarankan pelaksanaan tindakan keras termasuk menahan pelarian di pusat tahanan luar pesisir serta memintas mana-mana bot asing di perairan antarabangsa sebelum mereka sempat mendarat di Malaysia.

    Langkah radikal yang dicadangkan oleh Putra ini menyusul selepas parti itu mendakwa golongan PATI kini semakin berani melanggar undang-undang tempatan serta menunjukkan sikap biadap terhadap masyarakat watan.

    Isu lambakan warga asing dan pelarian, khususnya membabitkan etnik Rohingya, terus menjadi perdebatan hangat dalam landskap sosial dan politik negara sejak kebelakangan ini, dengan pelbagai pihak menuntut pembaharuan segera terhadap sistem pengurusan sempadan negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah