25.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menangis Boleh Batalkan Wuduk? Ramai Masih Keliru Tentang Hukumnya

    Shopee Sale

    Antara persoalan yang sering menjadi tanda tanya ialah sama ada menangis ketika berwuduk atau selepas mengambil wuduk boleh menyebabkan wuduk terbatal.

    Artikel Berkaitan: Hukum Ambil Wuduk Pakai Tuala Mandi, Ramai Rupanya Buat

    Artikel Berkaitan: Mesra Wuduk Atau Sekadar Label? Ini Pencerahan Tentang Alat Solek Yang Wanita Muslimah Perlu Tahu

    Hukum menangis semasa dalam wuduk

    Persoalan ini sebenarnya sering bermain di fikiran ramai umat Islam kerana bimbang ibadah yang dilakukan menjadi tidak sah.

    Ada yang beranggapan air mata boleh membatalkan wuduk, manakala segelintir pula percaya keadaan ini tidak memberi sebarang kesan terhadap kesucian seseorang.

    Memetik laporan Tzkrh, mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga mengganggu bacaan ketika solat boleh menyebabkan solat terbatal.

    Menurut jumhur ulama seperti Syeikh Muhammad bin Salih Al-‘Utsaimin, menangis dalam solat kerana takut kepada Allah, mengingati hari akhirat, menghayati al-Quran atau gerun terhadap azab yang digambarkan melaluinya tidak membatalkan solat.

    Bagaimanapun, perlu bersyarat dengan keadaan tangisan tidak berbunyi kuat atau sehingga menganggu bacaan solat.

    Menurut Mazhab Syafi’e, jika tangisan itu tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan berlaku pergerakan yang banyak dan mengganggu bacaan solat itu, maka terbatal solatnya.

    Kesimpulannya, menangis tidak membatalkan wuduk kerana air mata bukan termasuk dalam perkara yang membatalkan wuduk menurut hukum syarak.

    MENARIK:  Alif Satar Terkesima Dengan Kecantikan New Zealand, Titip Pesanan Jangan Tinggal Solat – ‘Kalau Dekat Syurga Pula Macam Mana?’

    Namun, pemahaman yang tepat terhadap hukum-hakam ibadah amat penting bagi mengelakkan kekeliruan dan memastikan amalan dilaksanakan dengan betul.

    Sumber: Tzkrh

    The post Menangis Boleh Batalkan Wuduk? Ramai Masih Keliru Tentang Hukumnya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah