30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kamil umum secara rasmi tawar diri ketuai AMK

    Shopee Sale

    Salah seorang pegawai yang paling dekat dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan secara rasmi menawarkan diri sebagai calon ketua baru Pemuda PKR (AMK) dalam pengundian parti itu tidak lama lagi.

    Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Abdul Munim dilaporkan berkata dia sedia bertanding untuk mengepalai sayap PKR itu apabila parti terbabit mengadakan pengundian pada 25 Mei ini.

    Dia yang kini menjadi Timbalan Ketua AMK berkata, tawaran tersebut dibuat demi untuk mengukuhkan sayap parti serta meningkatkan semula pengaruh di peringkat akar umbi.

    “Saya menawarkan diri sebagai ketua Pemuda AMK dan saya berharap diberi peluang untuk mengetuai sayap itu,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia, hari ini.

    MENARIK:  Syed Saddiq: 6 tahun lama, saya pegang prinsip berani kerana benar

    Kamil turut menyatakan bahawa PKR, sebagai parti yang meraikan demokrasi, membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang layak menawarkan diri untuk bertanding.

    Ketika ini jawatan Ketua AMK disandang Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim. Bagaimanapun dia sudah mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan tersebut sebaliknya mengintai jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

    Dijangkakan langkah Kamil tidak berdepan masalah besar apabila Malaysiakini sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya sembilan AMK negeri telah mengisytiharkan sokongan mereka secara terbuka kepadanya.

    Negeri yang sudah menyatakan sokong kepada Kamil ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor, Perlis, Negeri Sembilan, dan Melaka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah