Seorang individu berkongsi pengalaman menyaksikan bapanya berjuang melawan kanser kolon.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Reaksi Positif Chef Wan Selepas Didiagnos Kanser Buat Ramai Kagum – ‘Kerana Setiap Penyakit Penghapus Dosa’
Kanser kolon

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan memberitahu sepanjang hayat, arwah mempunyai beberapa tabiat pemakanan yang sering diambil setiap hari.
Menurutnya, antara minuman kegemaran arwah ialah teh tarik pekat yang hampir dinikmati setiap hari dan kerap mengambil makanan yang dipanaskan semula menggunakan ketuhar gelombang mikro.
Arwah bapa saya adalah pesakit kanser kolon. Apa yang saya lihat minuman kegemarannya adalah teh tarik pekat dan hampir setiap hari itu lah minuman nya setiap pagi dan petang.
Dan satu lagi, kerap makan makanan yang disimpan dan dipanaskan dengan microwave. Ini kerana makanan yang dipanaskan dengan microwave sebenarnya telah bertukar menjadi toksin.
Saya tak pandai menulis tapi just nak share pemerhatian dan pengalaman saya yang mana dua anggota keluarga saya meninggal dunia akibat kanser.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang berkongsi pengalaman kehilangan ahli keluarga akibat kanser.
Tidak kurang juga yang saling mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat serta mendapatkan maklumat kesihatan daripada sumber yang sahih.
Bagaimanapun, dakwaan bahawa makanan yang dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro bertukar menjadi toksin tidak disokong oleh bukti saintifik.
Secara amnya, penggunaan microwave yang betul adalah selamat, namun pakar kesihatan menegaskan bahawa risiko kanser dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk genetik, pemakanan keseluruhan, gaya hidup dan kesihatan.
Sekadar info, kanser kolon ialah sejenis kanser yang bermula di bahagian usus besar (kolon), iaitu sebahagian daripada sistem pencernaan yang berfungsi menyerap air dan membentuk najis.
The post Individu Kongsi Kisah Arwah Bapa Hidap Kanser Kolon, Dakwa Tabiat Pemakanan Jadi Punca – ‘Teh Tarik Setiap Hari & Makanan Dipanaskan Microwave’ first appeared on OHBULAN!.





