Pelakon, Nurel Baharin akhirnya menjawab teka-teki mengenai perkongsian foto seakan majlis merisik yang dimuat naik di media sosialnya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Nurel Baharin Tak Masuk Campur Urusan Perceraian Ibu Saudara & Hafiz Suip, Hormat Privasi Kedua Belah Pihak
Artikel Berkaitan: Aiman Ameer & Nurel Dinobatkan Juara HeroDewi Remaja 2023! Bawa Pulang RM10,000
Majlis merisik

Menafikan majlis tersebut adalah gimik, Nurel sebaliknya berkata perkara itu menjadi permulaan kepada fasa baharu dalam kehidupannya selepas mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada usia 24 tahun.
Menurut Juara HeroDewi Remaja 2023 itu, keputusan untuk berkahwin bukan dibuat kerana desakan keluarga, sebaliknya lahir daripada kerelaan hati dan keyakinannya terhadap aturan Allah.
Ini adalah keputusan saya sendiri. Saya percaya pada rezeki Allah selepas perkahwinan, dan setiap fasa hidup ada aturan yang terbaik.
Dalam pada itu, Nurel memberi jaminan perkahwinan tidak akan menghalangnya daripada terus aktif dalam bidang lakonan yang semakin berkembang.
Sebaliknya, dia akan terus menerima tawaran berlakon dan komited menghasilkan karya terbaik buat peminat serta industri seni tanah air.
Pelakon yang semakin dikenali menerusi watak Yaya dalam drama Ate Kome I Love You itu turut berharap peminat dapat menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka serta terus mendoakan kebahagiaan dan kejayaannya.
Saya harap semua dapat memberi sokongan dan mendoakan yang baik-baik untuk perjalanan karier saya selepas ini.
Saya sangat bersyukur dengan semua sokongan yang diberikan melalui media sosial dan saya tidak akan pernah berhenti menjadi seorang anak seni yang sentiasa menghasilkan karya terbaik buat industri seni kita.
The post Selesai Majlis Merisik, Nurel Baharin Bakal Tamatkan Zaman Bujang Di Usia 24 Tahun first appeared on OHBULAN!.





