25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    JAS siasat punca Sungai Padang Terap berwarna merah

    Shopee Sale

    Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pencemaran yang menyebabkan Sungai Padang Terap di Kepala Batas dekat Alor Setar, tercemar dengan bahan berwarna merah.

    Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya menerima aduan mengenai pencemaran itu daripada pihak media pada 9.10 pagi yang memaklumkan bahawa bahan berkenaan telah mengeluarkan bau busuk.

    “Pasukan siasatan telah dikerahkan ke sungai berkenaan dan menyusuri punca pencemaran. Siasatan mendapati, pencemaran berpunca daripada pelepasan dari longkang sebuah fasiliti yang berada di lokasi berkenaan.

    “Sampel bahan telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. JAS Kedah juga telah mengarahkan pihak fasiliti untuk menjalankan pembersihan longkang dan sungai itu, dan mereka bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar hari ini.

    Sharifah Zakiah berkata pihak fasiliti juga akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan akan mengemukakan laporan kepada JAS Kedah.

    MENARIK:  'Siasatan polis dan tuduhan PM terhadap Mkini cemar imej kerajaan Madani'

    “Kita juga telah mengarahkan mereka untuk menyimpan sisa pembersihan berkenaan buat sementara waktu bagi menentukan jenis bahan yang dilepaskan dan sekiranya bahan berkenaan berada dalam kategori Buangan Terjadual, pihak fasiliti akan diarah untuk melupuskanya hanya di premis yang dilesenkan oleh JAS.

    “Orang ramai diminta untuk tidak bimbang dengan keadaan ini, namun dinasihatkan supaya tidak menghampiri atau melakukan sebarang kegiatan di kawasan berkenaan buat sementara waktu,” katanya.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah