29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan calon pengganti naib canselor UKM ada kes polis – PN

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) hari ini berkata pengganti naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang meletak jawatan mesti adalah seseorang yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

    “Dua hari lepas kita dikejutkan dengan perletakan jawatan naib canselor UKM yg masih ada belum dengar-dengar siapakah penggantinya.

    “Janganlah penggantinya untuk diletakkan di situ di tempat yang tinggi, tempat yang mulia itu diletakkan seseorang yang pernah terpalit ataupun ada kes polis,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih atas titah Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

    Ketua Wanita Bersatu itu mengulas peletakan jawatan Mohd Ekhwan pada Ahad lalu.

    MENARIK:  Guan Eng nafi tarik diri dari pemilihan esok

    Semalam, Malaysiakini melaporkan polis menerima dua laporan daripada bekas naib canselor UKM itu berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya.

    Terdahulu, tular di media sosial dakwaan terdapat unsur salah guna kuasa dan penyelewengan di UKM yang mengaitkan Mohd Ekhwan.

    Sementara itu, Mas Ermieyati, dalam memetik catatan Facebook oleh pengarah urusan kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Hussamuddin Yaacub, menyeru supaya universiti awam bebas daripada campur tangan politik.

    Hussamuddin berkata akademik Malaysia memerlukan transformasi segera dan semua pelantikan mesti berasaskan meritokrasi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah