29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Ladyana & Harris Alif Tak Terima Tawaran Lakonan Serentak – ‘Seorang Kerja, Seorang Lagi Perlu Ada Di Rumah’

    Shopee Sale

    Pelakon Intan Ladyana, kini selektif dalam memilih naskhah lakonannya kerana perlu membahagi masa di antara karier serta tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.

    Artikel Berkaitan: Intan Ladyana Harap Isu Harris Alif Dengan Pelakon Lelaki Selesai – ‘Alhamdulillah, Suami Saya Membela Isterinya’

    Bergilir-gilir jaga anak

    Ketika ditemui , Intan atau nama lengkapnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 44, mengakui bukan mudah untuk mengimbangi masa kerana komitmen yang perlu diberikan kepada kerjaya dan keluarga.

    Susah juga nak dapat work-life balance, sebab kita kerja, tak boleh nak terlalu fokus  kerja sangat.

    Perhatian perlu juga diberi untuk keluarga dan fokus untuk diri sendiri pun perlu.

    Kadang-kadang rasa penat juga. Macam saya hari ini, tidur tidak cukup, tetapi kena bangun pagi hantar anak ke sekolah dan datang ke sini (lokasi sesi fotografi) untuk kerja.

    Menurut Intan, dia akan memilih naskhah yang tidak mengambil tempoh masa terlalu lama ketika di set penggambaran. 

    Kalau episod yang panjang sangat atau jadi pelakon utama, agak susah nak ambil sebab hari-hari kena ke set.

    Jadi saya banyak ambil watak pembantu yang bukan hari-hari ada penggambaran.

    Intan berkata demikian ketika di temui sesi fotografi drama terbaharu lakonannya, Sumpah Ayahku di Balai Berita, Bangsar pada Selasa. 

    MENARIK:  ‘Budak Tu Lahir Dari Hubungan Pura-Pura, Dia Kena Terima Dia Akan Ada 2 Mak & 2 Ayah’ – Suami Isteri Songsang

    Mengulas lanjut, Intan berkata, dia dan suaminya yang juga aktor Harris Alif, telah bersetuju untuk bergilir-gilir menerima tawaran lakonan.

    Tambah Intan, keputusan tersebut diambil bagi memastikan mereka sentiasa berada di samping anak-anak dan menguruskan keluarga.

    Antara saya dengan Harris, kami sudah buat perjanjian bila seorang kerja, seorang lagi kena duduk rumah.

    Jadi kalau dia kerja, saya dapat tawaran saya perlu tolak sebab kena duduk rumah dengan anak.

    Tak boleh tinggal dengan pembantu rumah sahaja sebab kalau kecemasan, ada yang boleh memandu dan menguruskan. Jadi, seorang duduk rumah dan seorang lagi bekerja.

    Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga bersama Harris pada 5 Februari 2021.

    Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja, 4, dan Harris Umayr, 2 tahun. 

    The post Intan Ladyana & Harris Alif Tak Terima Tawaran Lakonan Serentak – ‘Seorang Kerja, Seorang Lagi Perlu Ada Di Rumah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah