26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    St John Ambulans anjur pertandingan pickleball unik

    Shopee Sale

    St John Ambulans Malaysia Kawasan Pantai Selangor akan menganjurkan pertandingan pickleball 'istimewa' pada Ogos ini dengan setiap peserta diwajibkan memakai pelindung mata ketika beraksi.

    Didakwa pertanding pertama seumpamanya di negara ini, peraturan ketat tersebut diperkenalkan sebagai usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya perlindungan diri semasa bersukan.

    Pengerusi Jawatankuasa St John Pickle Cup 1.0, Shawn Lee Choong Hing, berkata kesedaran itu dianggap sangat penting khususnya apabila sukan pickleball semakin mendapat sambutan di Malaysia.

    Katanya, pertandingan itu akan berlangsung dari 8 pagi sehingga 10 pagi di Grand Rally Pickleball, Shah Alam.

    “Pertandingan ini kami anjurkan bukan sekadar untuk bermain, tetapi memberi mesej bahawa keselamatan harus diutamakan.

    "Ini juga cara kami mendekatkan masyarakat dengan St John Ambulans Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini.

    Shawn Lee Choong Hing

    Lee, 41, menegaskan bahawa kejohanan tersebut berbeza daripada yang lain kerana memperkenalkan peraturan keselamatan yang belum pernah digunakan di Malaysia. Aantaranya, pemakaian wajib pelindung mata.

    Katanya ia membawa mesej bahawa perlindungan keselamatan perlu diutamakan sebelum sebarang insiden tidak diingin berlaku.

    "Mencegah adalah lebih baik daripada merawat,” katanya.

    MENARIK:  Dusuki menang saman fitnah RM306,000 terhadap anak saudara Hadi

    Langkah tersebut turut dipengaruhi oleh insiden yang menimpa pengarah kejohanan berkenaan, Shaden Hsing, yang mendakwa dia hampir kehilangan penglihatan selepas mengalami kecederaan semasa bermain pickleball beberapa bulan lalu.

    Dalam kejadian hujung Mac itu, kata Hsing, 50, bola tersebut terkena tepat pada matanya selepas dipantulkan oleh raket.

    "Saya terus tidak dapat melihat dengan jelas. Sejak itu saya mula pakai pelindung mata walaupun pada awalnya rasa tak selesa,” katanya.

    Shaden Hsing

    Menurut Hsing, kos untuk langkah keselamatan semasa bersukan juga tidak semestinya memerlukan perbelanjaan tinggi.

    Malah, katanya, pelindung mata itu boleh didapati pada harga serendah RM20.

    Sementara itu, Naib Presiden Kawasan St John Ambulans Malaysia Pantai Selangor, Eric Ng Chee Keong, pula menyatakan pertandingan yang dianjurkan itu membuka peluang untuk masyarakat – khususnya di peringkat akar umbi – dididik mengenai keperluan menjaga keselamatan semasa bersukan.

    “Sukan pickleball memang sedang tular, tapi tahap kesedaran tentang risiko kecederaan masih rendah.

    “Kami mahu bawa kesedaran ini kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah