32.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemimpin mahasiswa disiasat isu dakwaan ugut Zambry

    Shopee Sale

    Aktivis mahasiswa Adam Raiyan Abd Rahim disiasat polis berkaitan dakwaan ugutan terhadap Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir ketika pertemuan antara mahasiswa dengan menteri itu.

    Adam yang juga Setiausaha Liga Mahasiswa Malaysia mempersoal alasan siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan dakwaan ugutan kerana menurutnya perbincangan pada pertemuan itu lebih tertumpu kepada tuntutan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) serta mempercepatkan sesi dialog bersama gerakan mahasiswa.

    “Kenapa kami sebut ‘mengugut’ kerana kami berdua dikenakan siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang berkait dengan ugutan,” katanya kepada Malaysiakini.

    Adam Raiyan berkata dia dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekitar jam 10.40 pagi dan disoal siasat selama kira-kira setengah jam.

    Menurutnya, sebanyak tujuh soalan dikemukakan kepadanya, namun soalan berkenaan didakwa lebih banyak berkaitan beberapa individu tertentu dan bukannya mengenai dakwaan ugutan terhadap Zambry.

    MENARIK:  Inisiatif pendigitalan kuil Hindu seluruh negara akan disokong - Gobind

    Sebelum ini, aktivis mahasiswa Brendon Gan, yang juga Pengerusi Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram) turut disiasat polis di bawah perundangan sama susulan hantaran media sosial selepas pertemuannya dengan Zambry pada Jun lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah