29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hael Husaini Sokong Aina Abdul Ke Eurovision Song Contest Asia – ‘Memang Itu Forte Dia’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Hael Husaini bersetuju dengan pemilihan Aina Abdul sebagai wakil Malaysia ke pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026.

    Artikel Berkaitan: Aina Abdul Bakal Wakili Malaysia Ke Eurovision Song Contest Asia 14 November Ini

    Sokong Aina

    Menerusi hantaran di Threads, Hael, 39, berkata, dia yakin Aina mampu memberikan persembahan terbaik sekali gus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

    Pendapat peribadi saya, pemilihan Aina Abdul sangat tepat untuk Eurovision Asia. Dia pasti akan lakukan yang terbaik, memang itu dia punya ‘forte’.

    Hantaran tersebut turut mendapat reaksi positif warganet yang rata-rata bersetuju dengan pandangan Hael selain menitipkan doa buat Aina agar berjaya mengharumkan nama Malaysia.

    MENARIK:  Ejen Ali The Movie 2 Kembali! Kolaborasi Muzik Ikonik Dari M. Nasir, Nidji & Hael Husaini Bangkitkan Semangat Penonton

    Terdahulu, Aina diumumkan sebagai penyanyi yang bakal mewakili Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026 pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), minggu lalu.

    Pertandingan anjuran European Broadcasting Union (EBU) yang diperkenalkan sejak 1956 itu bakal menghimpunkan penyanyi berbakat dari seluruh Asia menerusi acara muzik secara langsung selama dua jam.

    Eurovision Song Contest Asia 2026 dijadual berlangsung pada Sabtu, 14 November 2026, jam 9 malam dan disiarkan secara langsung menerusi TV3 serta platform penstriman Tonton.

    The post Hael Husaini Sokong Aina Abdul Ke Eurovision Song Contest Asia – ‘Memang Itu Forte Dia’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah