31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AJL40: Melinda Looi Guna 5 Kg Arang & 6,000 Swarovski Hasilkan Busana ‘Gunung Berapi’ Aina Abdul

    Shopee Sale

    Pereka fesyen terkenal tanah air, Melinda Looi sekali lagi mencuri perhatian menerusi rekaan kostum eksperimental dan dramatik yang digayakan penyanyi dan komposer, Aina Abdul pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), baru-baru ini.

    Artikel Berkaian: AJL40: Tangan Aina Abdul Dipersoal Lebih Gelap Berbanding Wajah, Jurusolek Beri Penjelasan – ‘Kesan Arang Ikut Konsep’

    Artikel Berkaitan: Gunung Berapi Jadi Metafora Luka, Aina Abdul Dedah Maksud Di Sebalik Persembahan ‘Kamu’ Di Pentas AJL40

    Gunung berapi meletus

    Kostum khas untuk persembahan lagu Kamu itu mengetengahkan konsep gunung berapi dan aliran lava sebagai simbol kepada emosi yang sudah lama dipendam dan akhirnya meletus.

    Saya mahu kostum ini kelihatan seperti sesuatu yang sedang hidup dan bergerak, seolah-olah lava itu sendiri mengalir pada tubuh Aina.

    Gunung berapi bagi saya adalah simbol kepada emosi yang sangat kuat; ia mungkin kelihatan tenang dari luar, tetapi di dalamnya terdapat tenaga yang sedang membara.

    Apabila ia meletus, kita melihat satu kuasa yang luar biasa. Itulah emosi yang saya ingin terjemahkan melalui kostum ini untuk ‘Kamu’.

    Menariknya, antara material utama yang digunakan untuk menghasilkan busana berkenaan ialah kira-kira lima kilogram arang sebenar bagi memberikan tekstur seperti permukaan batuan selepas letusan gunung berapi.

    Selain arang, rekaan tersebut turut menggabungkan sequin mesh, metallic lurex polyester, kapas, gam lateks, cat akrilik dan Styrofoam.

    MENARIK:  ‘Allah Beri Rezeki Saya Rasa Pengalaman Bersalin Normal Tanpa Epidural’

    Kemewahan busana itu pula diserlahkan menerusi penggunaan 6,000 elemen Swarovski, 80 meter rambu nilon serta 60 meter rambu manik kaca.

    Menurut Melinda, penggunaan arang menjadi simbol kepada proses pembakaran, kehancuran dan transformasi, manakala elemen Swarovski dan manik pula menggambarkan cahaya yang terhasil daripada lava.

    Konsep ini adalah tentang sesuatu yang bermula jauh di dalam, terus membara dan akhirnya meletus sebagai sebuah kuasa yang tidak dapat dibendung. Saya mahu setiap elemen kostum dapat menghidupkan emosi tersebut.

    Bagi Melinda, kolaborasi bersama Aina membuktikan fesyen mampu menjadi sebahagian daripada penceritaan sesebuah persembahan dan bukan sekadar pelengkap penampilan.

    ‘Kamu’ bukan sekadar tentang seseorang, tapi tentang apa yang seseorang itu mampu bangkitkan dalam diri kita, sebuah emosi yang bermula sebagai bara, menjadi api, membara dan akhirnya meletus menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

    Pada malam kemuncak AJL40, Aina berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik serta anugerah Ikon Shopee. Penyanyi itu turut diumumkan sebagai wakil Malaysia ke Eurovision Asia Song Contest 2026.

    The post AJL40: Melinda Looi Guna 5 Kg Arang & 6,000 Swarovski Hasilkan Busana ‘Gunung Berapi’ Aina Abdul first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah