31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fitnah Ebit Lew, mahkamah perintah Caprice bayar RM220,000, mohon maaf

    Shopee Sale

    Mahkamah Sesyen di Shah Alam memerintahkan pempengaruh media sosial Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memohon maaf dan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Ebit Lew kerana memfitnah pendakwah itu.

    Hakim Zuhrina Mohamed Nor memutuskan demikian setelah membenarkan saman fitnah Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Lew, 42, selaku plaintif terhadap Caprice sebagai defendan berhubung tujuh kenyataan berbaur fitnah melalui audio siar (podcast) dan klip video diterbitkannya sebelum ini.

    Mahkamah semalam memerintahkan Caprice membayar ganti rugi am sebanyak RM50,000, ganti rugi teladan (RM50,000), ganti rugi pampasan (RM50,000) dan ganti rugi teruk (RM50,000).

    Zuhrina turut memerintahkan Caprice membayar kos RM20,000 kepada plaintif.

    Caprice turut diperintahkan mengemukakan permohonan maaf kepada Ebit Lew dan perlu dimuat naik, disiar, diterbit, diedar atau dihebahkan pada mana-mana laman media sosial yang berada di bawah kawalan, pengawasan atau jagaannya (Caprice) dalam tempoh 48 jam selepas perintah mahkamah itu dimeterai.

    Dalam prosiding semalam, Ebit Lew diwakili peguam Akberdin Abdul Kader sementara peguam Mohd Rezan Ezra Muhammad Mosinal hadir bagi pihak Caprice.

    MENARIK:  'Keputusan ini dibuat lepas pertimbangan panjang'

    Pada 29 Sept 2023, Ebit Lew memfailkan saman mendakwa rakaman oleh defendan antara lain membawa maksud dirinya melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadap pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tatto selain seorang yang tidak bertanggungjawab serta penunggang agama.

    Plaintif mendakwa Caprice selaku defendan pertama secara jahat menerbitkan video berkenaan tanpa membuat sebarang pengesahan fakta daripadanya atau peguam.

    Plaintif mendakwa kenyataan berbaur fitnah dikeluarkan Caprice dan Mondy menyebabkan dirinya dikecam, diejek serta diaibkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah