28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu ladang babi: PM sembah maklum pendirian k’jaan kepada Sultan Selangor

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menyembah maklum pendirian Putrajaya berhubung syarat ketat bagi pembukaan ladang penternakan babi di Selangor semasa menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

    Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata, Anwar memberi taklimat kepada kabinet mengenai sesi menghadap tersebut yang turut disertai oleh Menteri Besar Amirudin Shari.

    Fahmi Fadzil

    “Kerajaan persekutuan mengambil pendirian bahawa sebarang kawasan penternakan khinzir hanya boleh dilaksanakan di kawasan-kawasan baharu yang terletak jauh dari kawasan perumahan atau sumber kritikal seperti aliran air, sungai dan sebagainya.

    MENARIK:  Tiga cedera dicakar, digigit memerang di Kota Kinabalu

    “Ia juga (mesti) berserta dengan penggunaan teknologi tinggi yang mampu mengurus isu sisa dan pencemaran dengan sangat baik,” kata Fahmi dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

    Langkah itu diambil bagi memastikan aktiviti penternakan tidak menjejaskan kualiti hidup penduduk setempat serta memelihara sumber air daripada pencemaran sisa ternakan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah