28.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu ketidakseimbangan kaum DBKL cetus persoalan keberanian politik

    Shopee Sale

    Isu komposisi kaum perkhidmatan awam kembali memuncak selepas pendedahan statistik tenaga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, semalam.

    Pengerusi Urimai, P Ramasamy, berkata, pendedahan itu mencetuskan persoalan mengenai keberanian politik untuk menangani ketidakseimbangan etnik dalam sektor berkenaan.

    P Ramasamy

    “Beliau (Yeoh) secara tidak sengaja telah membuka satu “Kotak Pandora yang penuh dengan kontroversi dan implikasi politik.

    “Persoalannya ialah, apakah tindakan yang akan beliau ambil untuk membetulkan ketidakseimbangan etnik dalam pengambilan pekerja DBKL yang menjejaskan peluang pekerjaan bagi bukan Melayu?” soal bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu dalam satu kenyataan hari ini.

    Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terperdaya dengan penyebaran berita palsu membabitkan data perjawatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang sengaja ditularkan ketika kempen pilihan raya sedang berlangsung.

    Semalam, Yeoh dilaporkan berkata penyebaran sebuah poster menerusi aplikasi WhatsApp, yang mendakwa DBKL hanya mempunyai tujuh warga kerja kaum India dan seorang Cina adalah tidak benar serta tidak menggambarkan data perjawatan sebenar.

    Katanya, hingga 1 Julai lalu, DBKL mempunyai 9,131 warga kerja, termasuk 490 warga kerja India dan 22 warga kerja Cina. Semenatara dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional, terdapat 10 pegawai India dan dua pegawai Cina.

    "Pada masa yang sama, saya mengakui bahawa tahap representasi dalam DBKL masih perlu diperbaiki," katanya.

    Hannah Yeoh

    Mengulas lanjut, Ramasamy berkata, corak pengambilan pekerja di DBKL mencerminkan perkhidmatan awam negara secara lebih luas, dengan lebih 90 peratus penjawat awam terdiri daripada orang Melayu manakala penyertaan bukan Melayu menunjukkan trend semakin merosot.

    MENARIK:  Sanusi: Kedah akan kawal penjualan vape sebelum putuskan larangan

    “Dari segi peratusan, pekerja India membentuk kira-kira 5.37 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja DBKL, manakala pekerja Cina hanya merangkumi 0.24 peratus.

    “Memandangkan tiada maklumat mengenai jumlah keseluruhan kakitangan dalam kategori pengurusan, peratusan pekerja bukan Melayu pada peringkat tersebut tidak dapat dikira,” katanya.

    Menurut Ramasamy, Yeoh mungkin mempunyai niat yang baik untuk memperbaiki ketidakseimbangan etnik dalam tenaga kerja DBKL, namun dia amat meragui sama ada menteri itu mempunyai keberanian politik untuk menangani isu yang begitu sensitif dan mudah mencetuskan kontroversi ini.

    “Malah, pemimpin-pemimpin dalam parti beliau sendiri mungkin tidak senang dengan tindakan Hannah Yeoh membangkitkan isu penyertaan bukan Melayu dalam pekerjaan di DBKL,” katanya lagi.

    Dalam hantarannya semalam, Yeoh juga meminta DBKL meneliti data permohonan, pengambilan, kenaikan pangkat dan saluran hebahan jawatan supaya pihaknya dapat mengenal pasti jurang sebenar dan mengambil langkah penambahbaikan yang telus, adil serta berasaskan merit.

    Dia turut mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan isu itu sebagai bahan untuk melaga-lagakan masyarakat, sebaliknya memperbetulkan fakta serta memperbaiki kelemahan sedia ada.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah