28.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Batalkan dasar anti-Yahudi atau berdepan sekatan dana ketenteraan’

    Shopee Sale

    Beberapa ahli politik AS memberi Malaysia tempoh 15 hari untuk membatalkan dasar yang didakwa sebagai anti-Yahudi atau akan berdepan dengan tindakan Washington menggantung dana latihan ketenteraan kepada Kuala Lumpur .

    Desakan itu dibuat menerusi surat oleh lapan wakil parti pemerintah, Demokrat, yang diketuai oleh Josh Gottheimer dan Greg Landsman, kepada Setiausaha Negara AS Marco Rubio.

    Marco Rubio

    Langkah itu menyusul selepas kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa Malaysia akan mengesan dan mengusir mana-mana warganegara Israel yang ditemui di negara ini.

    MENARIK:  Annuar: nafi Muafakat Nasional Sabah dibubar

    Dalam surat berkenaan, mereka meminta Jabatan Negara AS menjelaskan langkah yang diambil bagi membalas kenyataan Anwar, di samping menggesa Rubio menggantung program Pendidikan dan Latihan Ketenteraan Antarabangsa (Imet) sekiranya Putrajaya tidak membatalkan dasar itu dalam tempoh 15 hari.

    Mereka juga menuduh Malaysia mengekalkan hubungan dengan Hamas dan mendakwa pejuang kumpulan itu pernah menjalani latihan di negara ini. Kata mereka, kerajaan negara ini "menerima pengganas tetapi menjadikan warganegara Yahudi sebagai sasaran".

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah