Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali, mendedahkan tangkap layar (screenshot) perbualannya bersama seorang pempengaruh yang didakwa cuba menawarkan strategi pemasaran berunsurkan drama murahan.
Artikel Berkaitan: Johan Ghazali Dedah Rahsia Hadap Buli Siber – ‘Tutup Saja Telefon Tu’
Artikel Berkaitan: Johan Ghazali Tak Suka Individu Berbadan Besar Tiada Usaha Turun Berat Badan – ‘Malaysia Susah Cari Orang Kurus’
Tolak marketing murahan

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Johan atau lebih mesra disapa Jojo dilihat menolak tawaran bernilai RM100,000 yang dikemukakan kepadanya.
Menurut Jojo, dia tidak akan sesekali terlibat dalam sebarang drama atau strategi pemasaran yang tidak memberikan manfaat kepada penonton.
Aku nak ingatkan, jangan sesekali membazir masa melayan marketing atau drama sampah.
Masa kita di dunia ini sangat singkat. Daripada kau bazir masa dekat perkara yang dibuat-buat macam ini, pergi lah buat benda lain.
Selagi ada orang layan, selagi itulah ada orang yang akan buat marketing sampah macam ini.
Dalam pada itu, Jojo akui bukan nilai bayaran yang menjadi keutamaannya sebaliknya lebih memilih untuk menyampaikan mesej positif kepada para pengiku menerusi setiap tawaran yang diterimanya.
Tak kisah lah kau bagi aku RM5, RM10 atau RM100 juta, aku tidak akan buat.
Aku tidak akan buat drama yang tak beri faedah kepada orang yang menonton.
Difahamkan, Jojo ditawarkan untuk berkolaborasi dalam penghasilan kandungan bersama beberapa pempengaruh lain dengan hanya berpura-pura mencetuskan drama tanpa perlu mempromosikan sebarang produk.
Bagaimanapun, Jojo menyifatkan tawaran itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal serta hanya membazirkan masa orang ramai.
Sumber: Instagram @johanghazali_
The post Johan Ghazali Dedah ‘Screenshot’, Tolak Tawaran ‘Marketing’ Sampah – ‘Tak Kisah Kau Bagi RM100 Juta ..’ first appeared on OHBULAN!.





