28.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Latihan Pestapora Malaysia 2026 Umum Barisan Artis Fasa 2

    Shopee Sale

    Latihan Pestapora Malaysia terus mencetuskan kehangatan apabila mengumumkan barisan artis fasa 2 sekali gus melengkapkan senarai artis yang bakal menggegarkan Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

    Artikel Berkaitan: Latihan Pestapora Kembali Untuk Edisi Kedua, Hiburan 12 Jam Tanpa Henti!

    Artikel Berkaitan: Latihan Pestapora Malaysia 2025 Disambut Meriah, Kehadiran Sheila On 7 Buat Peminat Tenggelam Dalam Kenangan!

    Pestapora fasa 2

    Latihan Pestapora Malaysia mengumumkan penyertaan lima lagi nama bersama DJ yang bakal memeriahkan pentas iaitu Tipe-X dan Last Child dari Indonesia, serta Ruffedge, Lah Ahmad, dan DJ Disko Santan & Friends dari Malaysia.

    Kemunculan sulung Last Child di Malaysia pastinya dinanti-nantikan peminat yang membesar dengan karya-karya popular mereka.

    Dalam masa sama, Tipe-X dijangka mencetuskan suasana meriah menerusi persembahan penuh energi yang terus mendapat tempat di hati peminat selama lebih 20 tahun.

    Ruffedge dan Lah Ahmad pula bakal menjadi wakil Malaysia dengan menghidangkan persembahan yang sarat elemen nostalgia menerusi himpunan lagu popular yang pernah mewarnai industri muzik tempatan.

    Sementara itu, DJ Disko Santan & Friends bersedia menyuntik lebih kemeriahan menerusi seleksi muzik yang bakal menghangatkan festival dari awal hingga akhir.

    Dengan pengumuman Fasa 2 ini, festival muzik anjuran Hitman Solutions dan Boss Creator itu menjanjikan sebuah festival yang menghubungkan peminat muzik Malaysia dan Indonesia dalam satu pengalaman hiburan yang unik.

    MENARIK:  From Saga With Love Cipta Sejarah, Bantu Wilayah Saga Menang Anugerah Utama JFC

    Berlangsung selama 12 jam, Latihan Pestapora Malaysia akan menghimpunkan persembahan tanpa henti daripada 15 artis Malaysia dan Indonesia, selain menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadikannya lebih daripada sekadar sebuah konsert.

    Susulan isu bekal air tidak mencukup, pihak penganjur bakal menyediakan satu botol air mineral percuma kepada setiap pengunjung selain menyediakan stesen “free refillable water”.

    Susulan pengumuman barisan artis Fasa 2, tiket General Admission (GA) Fasa 2 kini dijual pada harga RM249 setiap satu.

    Penganjur turut menawarkan promosi Bundle Pesta, di mana pembelian empat (4) tiket GA pada harga Fasa 1 akan disertakan dengan satu (1) tiket GA percuma, sekali gus menjadikan pembelian berkumpulan lebih menjimatkan.

    Orang ramai disarankan mendapatkan tiket lebih awal sebelum semua kategori habis dijual susulan jumlah yang semakin terhad.

    Untuk maklumat lanjut serta perkembangan terkini, ikuti @latihanpestapora.my di semua platform media sosial.

    The post Latihan Pestapora Malaysia 2026 Umum Barisan Artis Fasa 2 first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah