25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sanusi: Kedah akan kawal penjualan vape sebelum putuskan larangan

    Shopee Sale

    Kedah akan melaksanakan kaedah kawalan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum membuat sebarang keputusan berhubung larangan penjualan produk itu.

    Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan negeri tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan untuk mengharamkan penjualan produk berkenaan memandangkan lesen telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

    “Terengganu telah mula pada 2016 lagi proses untuk melarang penjualan vape di Terengganu… di Kedah, PBT telah keluarkan lesen untuk premis penjualan vape sebelum ini, jadi bila lesen dah ada mereka berhak beroperasi, kita tak boleh buat keputusan hari ini, nanti mereka saman kita pula,” katanya pada sidang media di Alor Setar hari ini.

    Beliau berkata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah Mansor Zakaria telah diminta membentangkan kertas cadangan berhubung langkah kawalan itu pada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri akan datang.

    MENARIK:  Polis sahkan terima barang kes kejadian pelajar maut digilis kereta

    Muhammad Sanusi juga berkata langkah kawalan akan dilaksana sehinggalah lesen-lesen premis penjualan vape tamat dan selepas itu, baharulah keputusan mengenai penjualan produk berkenaan dibuat.

    Mansor pula berkata kaedah kawalan yang dicadangkan adalah sama seperti penjualan rokok ketika ini iaitu produk tersebut tidak dibenarkan dijual kepada remaja dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun selain tidak boleh diiklankan.

    “Sekarang ini, kedai vape menggunakan papan iklan bagi mempromosi produk itu di premis mereka, itu nanti tidak akan dibenarkan.

    "Selain itu, produk tersebut mesti dijual di premis tertutup seperti kedai serbaneka,” katanya.

    Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan negeri mempunyai ruang daripada sudut undang-undang untuk menguatkuasakan larangan penjualan vape.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah