32.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Isu bendera terbalik: Kalau pejabat kerajaan silap, tutup pejabat kerajaan?’

    Shopee Sale

    Veteran DAP, Teng Chang Khim mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) yang mengarahkan sebuah kilang di Johor ditutup serta-merta selepas didapati mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor secara terbalik.

    Katanya, sekiranya terdapat Undang-Undang Kecil (UUK) yang menetapkan hukuman terhadap kesalahan menggantung bendera, tindakan sewajarnya adalah mengenakan denda yang munasabah dan bukannya menghentikan operasi perniagaan.

    “Sekadar hendak mendapatkan komitmen kehadiran maka ditutup operasi perniagaan? Apa jenis penguatkuasaan undang-undang ini? 

    “Denda sajalah kalau salah atau tidak hadir. Kalau ingkar lagi baru tindakan seterusnya. Bukan suka-suka tutup operasi perniagaan. 

    MENARIK:  Menteri: Baiki kemudahan tandas, wad hospital diberi tumpuan segera

    “Kalau bank yang silap, nak tutup bank? Kalau pejabat kerajaan silap, tutup pejabat kerajaan?” soalnya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.


    Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Jafni Md Shukor berkata kejadian itu dipandang serius kerana kedua-dua bendera berkenaan melambangkan identiti, maruah dan kedaulatan negara serta negeri.

    Menurutnya, kejadian itu tidak boleh dianggap sebagai kesilapan kecil atau dibiarkan tanpa tindakan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah