Penyanyi meningkat naik, Megat Bai teruja melihat sambutan positif daripada pengikut menerusi kemunculan sulungnya dengan single pertama berjudul Apa Kurangnya Aku.
Artikel Berkaitan: El Riss & Fana Ibrahim Bergabung Dalam ‘Adat Bercinta’, Angkat Kisah Realiti Cinta Penuh Naik Turun
Artikel Berkaitan: Lagu ‘Harapalsu’ Raih 17 Juta Strim Dalam Lima Bulan, Arghpiez Tak Kisah Jika Pendengar Tak Kenal Penyanyi
Proses rakaman

Menurut Megat, 22, pengalaman proses rakaman suara untuk single sulung itu menjadi satu momen baharu yang membuka lembaran berbeza dalam perjalanan karier seninya.
Selain itu, Megat memaklumkan setiap sesi rakaman mengambil masa lebih empat jam bagi memastikan penghayatan dan penyampaian vokalnya dapat disampaikan sebaik mungkin.
Sebenarnya lagu ini agak berbeza daripada ton saya.
Cabaran untuk lagu ini ketika proses rakaman terutama vokal dan masa. Saya ingat nak rakam suara senang tapi hakikatnya susah.
Makan masa. Dua hari proses rakaman. Sekali sesi dalam empat jam lebih. Bila kita bagi bos dengar, dia suruh rekod baru. Saya ingat sekali sesi dah boleh selesai, saya tak jaga pantang larang dalam pemakanan.
Bila suruh rekod balik, saya makan gula-gula untuk tekak baru rasa okey sedikit.
Megat berkata demikian ketika dihubungi menerusi panggilan suara sebentar tadi.
Konten viral

Mengulas lanjut mengenai kandungan yang tular, Megat mendedahkan dia menerima banyak permintaan daripada pengikut untuk menghasilkan ‘cover’ lagu-lagu legenda.
Perkara ini merupakan hobi saya. Pengikut saya juga banyak buat permintaan untuk saya cover lagu-lagu lama. Perkara ini buat saya lebih semangat sebab dapat sokongan daripada orang ramai.
Konten gunting rambut itu sebenarnya tak dirancang pun. Ketika itu di kolej, kami saja lepak. Alhamdulillah, mungkin rezeki saya.
Dalam pada itu, Megat akui tidak kisah sekiranya lebih dikenali menerusi konten berbanding lagu sendiri kerana percaya lambat-laun orang ramai akan mula mengenali karya muzik yang dibawakan olehnya.
Saya suka saja kalau orang kenal saya melalui konten berbanding lagu sendiri. Daripada situ lebih ramai akan cari siapa saya sekali gus boleh kenal lagu baru saya juga.
The post Megat Bai Bina Pengalaman Menerusi Solo Sulung – ‘Saya Ingat Senang Rupanya Susah’ first appeared on OHBULAN!.





