30.2 C
Kuala Lumpur
Monday, August 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Budak 46 membuat kejutan istimewa khas untuk adik perempuan kesayangannya yang dikenali sebagai Cuna.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ramai Minta QR, Budak 46 Enggan Terima Sumbangan Wang – ‘Selagi Masih Boleh Buat Affiliate, Saya Akan Lakukan’

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Sangat Perlukan Babah, Bukan Tak Reda..Cuma Rindu’ – Anak Arwah Hamdan Senario

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Budak 46 Dedah Hidap Retinitis Pigmentosa, Penglihatan Semakin Kabur

    Hadiah untuk adik

    " data-video-id="7674233768399605000" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @hhusnahelmy

    tetiba datang rumah surprise siap bawak hadiah. dia cakap sebab video tu, dia dapat gi umrah :’(((

    ♬ Di Akhir Perang Epic Orchestra Instrumental – sora.tune

    Menerusi hantaran di TikTok, Cuna memuat naik video memaparkan abangnya sedang berada di muka pintu sambil membawa hadiah.

    Budak 46 kemudian masuk ke dalam bilik Cuna itu dan menyatakan bahawa hadiah tersebut adalah untuk adiknya.

    Pada ruangan kapsyen, Cuna meluahkan rasa terharu dan tidak menyangka akan menerima kejutan dari abangnya.

    Tiba-tiba datang rumah, buat kejutan siap bawa hadiah.

    Dia cakap sebab video tu dia dapat pergi umrah.

    Lihatlah betapa baiknya dia, Dia layak menerima segala kebahagiaan di dunia.

    Saya sangat gembira untuknya.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat keikhlasan Budak 46 yang berkongsi rezeki dengan adiknya meskipun mempunyai masalah penglihatan.

    Dalam masa yang sama, mereka turut mengagumi semangat Budak 46 yang gigih bekerja walaupun sedang diuji.

    Terdahulu, Budak 46 mendedahkan dirinya menghidap retinitis pigmentosa, iaitu sejenis penyakit mata yang menyebabkan kehilangan penglihatan secara beransur-ansur.

    Menurutnya, pada mulanya dia hanya mengalami masalah rabun ketika berusia empat tahun sebelum disahkan menghidap penyakit tersebut.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah