32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DUN Sarawak lulus perbelanjaan tambahan RM1.32 bilion

    Shopee Sale

    Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2026) 2026 yang membenarkan peruntukan tambahan sebanyak RM1.32 bilion bagi menampung kos perkhidmatan melibatkan pelbagai kementerian dan jabatan.

    RUU itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas sebelum diluluskan tanpa pindaan.

    “Tambahan RM13.3 juta diperlukan oleh Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menampung kenaikan elaun khas tetap bulanan serta penyediaan faedah perubatan untuk ahli majlis, manakala RM188 juta diperuntukkan bagi pemberian diskaun 25 peratus bil elektrik kepada pengguna domestik,” katanya ketika berucap pada persidangan DUN di Kuching hari ini.

    MENARIK:  Pemimpin DAP: Bagaimana keldai dadah boleh lepas pemeriksaan di Malaysia?

    Sementara itu, beliau berkata RM90 juta diperlukan oleh Jabatan Premier Sarawak bagi menampung semakan semula elaun Ketua Kaum serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), selain pembayaran sewaan bangunan pejabat kerajaan.

    Unggah berkata sebanyak RM20 juta lagi diperlukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri bagi persiapan dan penyertaan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) XXII di Selangor tahun ini, manakala RM1 bilion diperuntukkan kepada Kumpulan Wang Berkanun untuk menampung perbelanjaan pembangunan.

    Pada masa sama, beliau berkata DUN turut sebulat suara meluluskan tambahan RM26 juta bagi perbelanjaan tambahan tahun lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah