25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    IGP nafi dakwaan pegawai kanan polis terbabit GISBH

    Shopee Sale

    Dakwaan yang mengaitkan pegawai kanan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kegiatan melindungi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah tidak benar dan berniat jahat.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menafikan dakwaan tersebut dan berkata ia merupakan satu fitnah terhadap pasukan polis yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab melalui akaun palsu.

    “Kita tahu ini adalah akaun palsu yang mencipta fitnah berkenaan, dan dakwaan melibatkan pegawai polis dengan GISBH adalah tidak benar,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

    Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok menamakan beberapa pegawai kanan PDRM yang didakwa melindungi dan menerima wang daripada syarikat itu untuk kegunaan peribadi.

    Pada 11 Sept lepas, polis mula mengadakan Op Global yang menyaksikan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dikaitkan dengan GISBH.

    MENARIK:  Bekas pengawal keselamatan bunuh anak rakan terlepas tali gantung

    Syarikat tersebut didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban.

    Fasa keempat Op Global yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia semalam turut menemukan beberapa risalah yang mengandungi elemen bercanggah dengan ajaran agama Islam serta barang khurafat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah