30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Honda, Nissan batalkan pelan penggabungan, teruskan perkongsian strategik

    Shopee Sale

    Honda Motor Co dan Nissan Motor Co membatalkan rancangan penggabungan, selepas rundingan gagal kurang dua bulan selepas pengumuman dibuat, lapor Agensi Berita Kyodo.

    Pelan itu sepatutnya menjadikan gabungan itu sebagai kumpulan automotif ketiga terbesar di dunia dari segi jumlah pengeluaran.

    Meskipun penggabungan dibatalkan, Honda dan Nissan akan meneruskan perkongsian strategik dalam pembangunan perisian dan pelbagai bidang lain termasuk dengan Mitsubishi Motors Corp, iaitu rakan kongsi Nissan, menurut kenyataan syarikat berkenaan.

    Pada Disember lalu, kedua-dua syarikat merancang untuk memuktamadkan rundingan menjelang Jun 2025 dan menubuhkan sebuah syarikat induk menjelang 2026, yang akan menyelia operasi jenama masing-masing.

    MENARIK:  PM: Ramai dah mula hilang keyakinan pada Bersatu

    Penggabungan itu dijangka dapat mengurangkan kos serta meringankan beban kewangan dalam pembangunan kenderaan elektrik dan perisian, sekali gus membolehkan mereka bersaing dengan pesaing global seperti Tesla Inc dan BYD Co.

    Ketika pengumuman dibuat, Honda menetapkan pemulihan operasi Nissan sebagai syarat utama perjanjian itu.

    Kedua-dua syarikat pada asalnya bercadang untuk mengumumkan butiran lanjut mengenai perkongsian mereka pada akhir Januari tetapi menangguhkan pengumuman itu ke pertengahan Februari.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah