26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hizbullah akan pilih pengganti Nasrallah secepat mungkin

    Shopee Sale

    Hizbullah pada Isnin berikrar akan segera memilih pengganti kepada pemimpin yang terbunuh, Hassan Nasrallah dan meneruskan perjuangan kumpulan itu menentang Israel, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Timbalan ketua Hizbullah, Naim Kassem dalam ucapan yang disiarkan di televisyen berkata kumpulan itu akan memilih pengganti Nasrallah untuk memegang jawatan setiausaha agung "secepat mungkin".

    Dia menjelaskan struktur organisasi kumpulan itu membolehkan mereka mencari pengganti bagi semua anggota kanan, susulan mempunyai timbalan dan anggota yang berkelayakan.

    “Kami tahu pertempuran ini mungkin berpanjangan dan kami bersedia untuk sebarang kemungkinan.

    "Jika Israel memutuskan untuk melancarkan serangan darat, kami bersedia untuk bertempur di darat,” kata Kassem dalam ucapan yang disiarkan oleh saluran TV al-Manar.

    "Israel tidak akan dapat menjejaskan keupayaan ketenteraan kami," katanya sambil berikrar untuk terus menyokong rakyat Palestin di Gaza.

    MENARIK:  Hadkan tempoh PM perkukuh amalan demokrasi - KM Pulau Pinang

    Kassem mengenakan pakaian serba hitam dan berada di dalam sebuah bilik tertutup, menafikan khabar angin bahawa dia terbunuh dalam serangan yang sama dengan Nasrallah.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah