32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aaron Aziz Terkejut Dikaitkan Dengan Pelaburan Tidak Wujud – ‘Mereka Guna Nama & Gambar Saya Yakinkan Pelabur’

    Shopee Sale

    Pelakon, Datuk Aaron Aziz mendakwa namanya kerap disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sebagai umpan bagi menarik minat pelaburan yang tidak wujud.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaron Aziz Kongsi Pengalaman Haji, Cuaca Panas Hari Arafah Paling Mencabar – ‘Allah Mudahkan..Setiap 2 Jam Ada Yang Hantar Ais’

    Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Aktif Urus Perniagaan Pelancongan, Tegaskan Masih Belum Tinggalkan Dunia Lakonan

    Dakwaan scam

    Ketika ditemui , Aaron Mustapha Aziz, 50, berkata individu tersebut sengaja mengajaknya bertemu atas alasan mahu membincangkan projek berskala besar.

    Namun Aaron berkata pertemuan tersebut hanyalah lakonan untuk mendapatkan bukti bagi menyakinkan mangsa.

    Baru-baru ini ada satu kes yang saya tidak mahu sebut siapa. Beberapa kali perkara seperti ini berlaku apabila ada pihak mengajak berjumpa kononnya mahu membincangkan projek besar.

    Mereka bergambar dan membuat pelbagai perbincangan, tetapi selepas itu terus senyap. Tiba-tiba ada orang datang kepada saya dan berkata dia sudah melabur dalam projek saya.

    Saya terkejut kerana saya sendiri tidak tahu-menahu mengenai perkara itu. Apabila ditunjukkan bukti, rupa-rupanya ada pihak menggunakan pertemuan dan gambar yang diambil bersama saya untuk meyakinkan pelabur bahawa saya sudah bersetuju dengan projek berkenaan, sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku.

    Aaron berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media drama terbaharu lakonannya, Bidadari Tanpa Syurga terbitan platform penstriman Viu di sebuah restoran pada petang Rabu.

    MENARIK:  Adira Suhaimi Inginkan Perceraian dengan Cara Yang Baik

    Kata pelakon filem KL Gangster itu, tindakan tersebut bukan sahaja merosakkan imejnya, malah boleh memberi impak negatif terhadap industri kreatif negara.

    Orang itu menggunakan nama saya sebagai alat untuk mendapatkan kepercayaan.

    Dia kononnya memberitahu pelabur bahawa dia sudah berjumpa artis ini dan artis itu, lalu menggambarkan seolah-olah semuanya sudah dipersetujui.

    Masalahnya, apabila pelabur sering menjadi mangsa penipuan seperti ini, lama-kelamaan mereka akan hilang keyakinan untuk melabur dalam industri filem.

    Akhirnya pihak yang benar-benar serius dan mempunyai projek yang baik juga akan terkesan kerana kepercayaan itu sudah hilang.

    Aaron turut mengakui perkara ini sukar untuk dibendung selagi masih wujud individu yang sanggup mengambil kesempatan dan mengejar keuntungan peribadi tanpa menghiraukan kesan negatif terhadap orang lain.

    Saya rasa sekarang ada manusia yang sudah tidak memikirkan soal dosa dan pahala.

    Mereka hanya fikir bagaimana hendak mendapatkan keuntungan tanpa mempedulikan kesan kepada orang lain.

    Disebabkan itu, kes seperti ini terus berlaku dan kita sendiri sukar mengawalnya kerana pelbagai cara digunakan untuk memperdayakan mangsa.

    The post Aaron Aziz Terkejut Dikaitkan Dengan Pelaburan Tidak Wujud – ‘Mereka Guna Nama & Gambar Saya Yakinkan Pelabur’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah