27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Himpunan di Menara Condong Sabtu ini tak dapat kebenaran – polis

    Shopee Sale

    Polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai Himpunan Patriotik Rakyat yang akan diadakan Dataran Menara Condong, Teluk Intan, Sabtu ini susulan tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi.

    Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pemilik tanah iaitu Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) seperti ditetapkan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyertai perhimpunan berkenaan.

    Beliau berkata polis menerima satu surat pemberitahuan daripada pihak penganjur pada Isnin (11 Nov) untuk menganjurkan perhimpunan berkenaan namun pemilik lokasi tidak memberikan kebenaran untuk aktiviti itu.

    MENARIK:  Polis tubuh pasukan petugas cegah pecah, curi tabung masjid

    "Polis juga telah menampal satu notis pemberitahuan berhubung program berkenaan di kawasan Menara Condong bagi mendapatkan maklum balas orang ramai.

    "Kita juga turut terima maklum balas daripada MPTI yang tidak berikan kebenaran atas faktor ketidaksesuaian tempat perhimpunan dan penganjur gagal mengemukakan persetujuan pemilik, maka permohonan penganjur tidak dapat diproses," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyertai perhimpunan yang dirancang pada 16 Nov ini bagi mengelakkan tindakan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah