28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Henti momok Melayu hilang hak, PM seru rakyat tolak kempen pecah belah

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya tidak terpengaruh dengan kempen politik yang memecah-belahkan masyarakat berdasarkan kaum.

    Beliau berkata terlalu banyak kempen politik ketika ini tertumpu kepada sentimen perkauman sedangkan isu sebenar yang perlu diberikan perhatian ialah kebajikan dan masa depan rakyat serta nilai kemanusiaan dalam pentadbiran negara.

    “Kuasa bukan soal retorik politik atau manifesto pilihan raya... ia soal hati, jiwa, ihsan, belas kasihan dan keadilan... itulah yang diperlukan oleh Malaysia.

    “Malangnya, terlalu banyak kempen politik hari ini yang berkisar tentang kaum... kononnya Melayu akan kehilangan hak, Cina akan mengambil alih atau India akan mendapat kelebihan tertentu... mereka jarang bercakap tentang hak rakyat biasa yang hidup dalam kesusahan,” katanya.

    Anwar berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah pembangunan rumah kekal bagi penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  Jom demo lagi - Gempur Rasuah Sabah tak gentar ancaman saman RM5j

    Perdana Menteri berkata dalam kerangka Malaysia Madani, soal kemanusiaan, ihsan dan belas kasihan sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap dasar, tindakan serta keputusan kerajaan demi menjamin kesejahteraan rakyat.

    Beliau berkata prinsip itu juga menuntut kerajaan berlaku adil bagi memastikan hak semua rakyat dipelihara tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama.

    “Kita boleh mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, memelihara hak orang Islam dan pada masa sama, menjaga hak masyarakat lain.

    “… hak satu pihak tidak semestinya menafikan hak pihak yang lain... negara ini majoritinya Melayu dan Islam tetapi hak semua rakyat mesti terus dipelihara,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah