30.3 C
Kuala Lumpur
Friday, July 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bersatu dakwa PAS guna logo PN sebagai topeng di N Sembilan

    Shopee Sale

    Marzuki Mohamad menganggap PAS mempunyai agenda lebih daripada sekadar menonjolkan sebuah gabungan parti politik apabila menggunakan logo PN dalam gerakannya, termasuk semasa menyertai pilihan raya.

    Dia yang menjadi antara tokoh berpengaruh dalam Bersatu berkata, hal itu kerana PAS tidak menggunakan lambang tersebut untuk bertanding dalam pilihan raya di dua negeri yang dikuasai parti tersebut di Pantai Timur.

    Berkongsi video pendek ucapan salah seorang Naib Presiden Bersatu, Marzuki bahkan mendakwa PAS tidak mempunyai perasaan pun kepada PN.

    “Benarlah apa yang sahabat saya kata ini. PAS tidak ada perasaan kasih dan sayang pun pada logo PN.

    “Di Kelantan dan Terengganu tak pakai logo PN pun.

    “Cuma di negeri-negeri Pantai Barat (PAS) kena pakai logo PN sebagai ‘topeng’ untuk nampak moderat,” katanya mengiringi klip video ceramah disampaikan Radzi Jidin di Negeri Sembilan.

    Bersatu semakin dipencilkan oleh PAS dan sekutu parti itu di sebalik hakikat kedua-duanya pernah akrab dan merupakan tonggak utama PN. Gerakan itu semakin ketara dan terbuka selepas PAS mengambil alih dan menguasai pelbagai jawatan penting dalam gabungan berkenaan.

    PAS memberikan pelbagai alasan mengapa mereka menolak Bersatu, termasuk melibatkan isu pertukaran jawatan Menteri Besar Perlis baru-baru ini.

    Radzi patut lebih tahu

    Di sebalik pertelingkahan itu, PAS dan Bersatu tidak bertembung antara satu sama lain dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan. Pun begitu di Negeri Sembilan, Bersatu bertanding menggunakan logo parti itu berbanding PAS serta parti komponen lain yang menggunakan lambang PN.

    PN – yang kini dikuasai PAS – juga bekerjasama secara terbuka dengan BN di Negeri Sembilan.

    MENARIK:  2 mangsa kemalangan Simpang Renggam penerima pertama Lindung 24 Jam

    Dalam ucapan Radzi itu, dia mendakwa taktik PAS itu perlu difahami oleh para pengundi bukan Melayu di Negeri Sembilan.

    Dia yang juga bekas menteri mendakwa PAS sedar parti itu tidak akan mendapat sokongan orang bukan Melayu jika bertanding menggunakan logo lain.

    Radzi Jidin

    “Kepada pengundi-pengundi (penyokong) MCA, pengundi-pengundi (penyokong) MIC, saudara semua mengundi PN maknanya suadara semua mengundi PAS! Itu hakikat,” katanya sambil menggesa mereka tidak “terikat dengan dengan permainan politik kuasa” yang dilaksanakan sekarang.

    Sementara itu seorang pemimpin berpengaruh PAS hari ini tampil membidas Bersatu.

    Ahli Parlimen Bachok merangkap Setiausaha Politik Abdul Hadi Awang berkata PAS berterima kasih kepada Radzi kerana di matanya Ahli Parlimen Putrajaya itu sudah ‘berjasa’ kerana berkempen untuk parti tersebut.

    “Tanpa selindung, (kini) Bersatu adalah sama dengan PH,” kata Syahir Sulaiman.

    Menurut Syahir, sebagai ahli politik berasal dari Kelantan, Radzi patut lebih tahu bahawa PAS mentadbir negeri itu sejak 1990 dan masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu hidup dengan harmoni di situ.

    Keadaan yang sama, katanya, juga berlaku di Terengganu, Kedah dan Perlis.

    Syahir Sulaiman

    “Entah mengapa, PAS ‘dimomokkan’ di Negeri Sembilan oleh Bersatu.

    “Taktik menakutkan bukan Islam terhadap PAS sudah ketinggalan zaman. DAP pun sudah tidak guna kaedah lapuk itu,” dakwanya.

    Tambah Syagir, sebagai seorang intelektual Radzi sepatutnya bercakap tentang isu dasar dan – sambil secara sinis – tugas menyerang PAS diserahkan kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).

    “Kepada pengundi Negeri Sembilan, (anda) ada dua pilihan: Tolak #TeamMerah (PH/Bersatu) atau undi #TeamBiru (PN/BN),” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah