Bekas pelumba Formula Satu (F1) negara, Alex Yoong Hanifah menyifatkan Litar Antarabangsa Sepang kekal sebagai antara litar terbaik pernah dibina dan menjelaskan mengapa masih dianggap legenda dalam kalangan peminat dan pelumba Formula 1 di seluruh dunia.
Artikel Berkaitan: George Russell, Antonelli Tak Sabar Aksi Di Sepang
Sepang litar terbaik

Menerusi temubual bersama radio Fly FM, Alex berkata, meskipun ramai pelumba muda masih belum pernah berlumba di Sepang, namun mereka sudah cukup mengenali litar ikonik itu menerusi permainan simulasi dan permainan video Formula 1 sejak kecil.
Kebanyakan pemandu muda belum pernah berlumba di Litar Sepang. Tetapi mereka membesar dengan bermain permainan simulasi di PS5 dan permainan Formula 1.
Mereka menghabiskan berjam-jam berlumba di Litar Sepang secara maya. Sejujurnya, Sepang memang sebuah litar yang sangat bagus. Sepang merupakan antara litar moden Formula 1 yang terbaik pernah dibina.
Mengulas mengenai Formula 1 yang akan kembali ke Malaysia, Alex amat mengalu-alukan kepulangan perlumbaan paling berprestij dunia itu ke Sepang.
Bagaimanapun, Alex menegaskan penganjurannya perlu dibuat secara berhemah dengan mengambil kira kos yang semakin meningkat.
Bagi saya, memang sesuatu yang hebat jika kita dapat membawa Formula 1 kembali. Saya juga percaya kita tidak perlu menanggung kos penganjurannya dan itu adalah perkara terbaik. Jadi, saya fikir itu satu situasi yang menguntungkan semua pihak.
Saya sememangnya mahu melihat Formula 1 kembali ke Malaysia untuk jangka panjang, asalkan kosnya berpatutan. Formula 1 kini semakin popular dan kos penganjurannya sangat tinggi. Saya tidak mahu melihat itu kembali jika harganya tidak masuk akal.
Dalam pada itu, Alex turut berkongsi pandangannya mengenai prestasi semasa pasukan McLaren yang disifatkannya berada pada landasan terbaik untuk terus bersaing di kelompok hadapan.
McLaren kelihatan cukup kompetitif di Hungary dan saya rasa prestasi itu boleh diteruskan. Walaupun keadaan trek tidak sama sepenuhnya kerana ini merupakan litar yang lebih perlahan, saya tetap melihat McLaren berada dalam prestasi yang sangat baik.
Untuk rekod, Malaysia pernah menjadi tuan rumah Grand Prix Formula 1 dari 1999 hingga 2017 di Litar Antarabangsa Sepang, sebelum perlumbaan itu dihentikan berikutan peningkatan kos penganjuran dan penurunan kehadiran penonton.
Sehingga hari ini, Sepang masih dianggap antara litar kegemaran peminat serta pelumba kerana reka bentuknya yang mencabar, selain sering menjadi penanda aras dalam dunia perlumbaan Formula 1.
Sumber: TikTok
The post Alex Yoong Akui Sepang Antara Litar Moden Terbaik Dunia, Gembira F1 Kembali Ke Malaysia first appeared on OHBULAN!.





