30.3 C
Kuala Lumpur
Friday, July 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penjualan aset hampir RM10b selamatkan TH

    Shopee Sale

    Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya menangani kerugian pelaburan RM12.6 bilion, iaitu RM10 bilion melalui Pelan Pemulihan 2018 dan RM2.6 bilion secara berperingkat sehingga akhir 2025.

    Menurut TH, pelan penstrukturan semula pada 2018 adalah bagi menangani kedudukan defisit kewangan yang memerlukan tindakan penyelamatan kewangan segera (bailout) daripada kerajaan pada waktu tersebut untuk melindungi ia daripada insolvensi.

    Jurang antara aset dan liabiliti yang dikenal pasti pada akhir 2017, katanya, terus meningkat melebihi RM10.0 bilion pada akhir 2018.

    Sekiranya tidak ditangani sebelum akhir 2018, TH tidak dapat memenuhi syarat di bawah Akta Tabung Haji untuk mengisytiharkan sebarang agihan keuntungan.

    “Jika tiada tindakan bailout oleh kerajaan pada masa itu, ia juga boleh menyebabkan krisis pasaran kewangan dan menggugat kestabilan negara apabila TH terpaksa menjual aset pada harga terdesak di pasaran bagi memenuhi permohonan pengeluaran tunai yang besar dan tidak terkawal oleh pendeposit (deposit run) ketika TH gagal mengisytiharkan agihan keuntungan kepada pendepositnya,” kata lembaga itu dalam kenyataan hari ini.

    Menurut TH, kerajaan dan institusi yang mengurus simpanan serta urusan haji jemaah Malaysia itu berdepan dengan empat pilihan untuk melaksanakan pelan pemulihan dan penstrukturan dalam masa yang suntuk sebelum akhir 2018.

    Langkah pelaksanaan penjualan aset kurang berdaya saing dan bermasalah pada nilai premium kepada kerajaan, tambah TH, diambil bagi menutup jurang antara aset dan liabiliti supaya entiti itu kekal berupaya (solven).

    "Syarikat tujuan khas milik penuh kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) membeli aset-aset bernilai RM9.7 bilion pada jumlah RM19.9 billion untuk menutup defisit yang dihadapi dan membolehkan agihan keuntungan diisytihar bagi 2018.

    MENARIK:  Politik toksik hanya tambah perpecahan orang Melayu - Mat Hasan

    "Transaksi ini dibiayai menerusi dua siri sukuk terbitan UJSB yang diberi surat sokongan kerajaan dengan kadar keuntungan 4.05 peratus dan 4.10 peratus setahun," katanya.

    Menurut TH, hasil pelaksanaan pelan strategik, reformasi serta tadbir urus yang lebih baik di bawah kepimpinan pengerusi, lembaga pengarah serta pasukan pengurusan yang profesional lagi berwibawa, entiti itu berjaya kembali ke landasan yang lebih kukuh dan mampan tanpa campur tangan kerajaan.

    TH berkata kadar agihan keuntungan turut bertambah baik dan stabil dengan pulangan meningkat daripada 1.25 peratus bagi 2018 kepada 3.25 peratus pada 2024 dan 3.50 peratus pada 2025.

    Katanya, agihan keuntungan itu dibuat selepas mengambil kira rosot nilai aset bermasalah RM2.6 bilion yang tidak dapat dipindahkan kepada UJSB pada akhir 2018 atas faktor tertentu.

    "Kedudukan kewangan TH kini lebih kukuh dan institusi itu juga telah mula membina semula rizab untuk masa depan yang lebih stabil.

    "Pelan pemulihan dan penstrukturan TH berjaya menangani kerugian pelaburan RM12.6 bilion merangkumi RM10 bilion melalui pelan pemulihan 2018 dan RM2.6 bilion secara berperingkat sehingga hujung 2025," katanya.

    TH berkata institusi itu kekal komited melindungi kepentingan pendeposit, memperkukuh kepercayaan awam serta memastikan institusi ini terus beroperasi dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah