Penyanyi dan penulis lagu, Imran Ajmain berkongsi pandangan bahawa lokasi yang sederhana merupakan pilihan terbaik untuk temu janji pertama (first date) berbanding terus memilih tempat yang mewah.
Artikel Berkaitan: Disamakan Dengan Sam Smith, Imran Ajmain Tak Layan Kritikan – ‘Tidak Adil, Mereka Baru Tengok Persembahan Saya Sekali…’
Artikel Berkaitan: ‘Kekok & Janggal Berhadapan Dengan Orang, Sampai Kena Bongkok’ – Imran Ajmain
Mamak
View on Threads
Pemilik nama Ahmad Imranullah Ahmad Husaini Ajmain, 45, berpendapat tidak salah memilih kedai mamak sebagai lokasi temu janji pertama kerana suasananya yang santai, selesa dan tidak memberi tekanan kepada kedua-dua pihak.
Katanya, temu janji yang santai mampu mewujudkan suasana yang baik selain perbualan yang natural.
Mamak untuk first date sebenarnya sangat digalakkan.
Murah, keselamatan pun bagus rasa lebih selamat, menu yang semua orang dah biasa dan tekanan yang kurang.
Boleh split bills. Kalau ada peneman boleh duduk berdekatan. Lepas sejam lebih, masing-masing boleh balik sambung sembang dekat WhatsApp, “Tadi awak comel lah.”
Dalam pada itu, Imran turut mencadangkan tempat terbuka sebagai lokasi yang sesuai untuk temu janji kedua.
Second date pula bolehlah pergi pasar malam, bawa adik, abang atau kakak.
Masuk date ketiga atau keempat, barulah pakai pakaian bergaya, pergi tempat yang lebih menarik dan cuba makanan baru sama-sama.
Menjawab kritikan segelintir pihak yang menganggap lelaki yang mengajak ke kedai mamak kerana tidak berduit, Imran menyifatkan tanggapan itu tidak wajar kerana hubungan masih di peringkat awal.
Siapa yang cakap ajak pergi mamak tu perangai lelaki yang tiada duit?
Kan baru nak berkawan dan berkenalan. Belum lagi istimewa di mata masing-masing.
Terdahulu, seorang individu mencetuskan perbincangan selepas meluahkan rasa kurang senang apabila kedai mamak dipilih sebagai lokasi untuk temu janji pertama.
Dakwanya, situasi berkenaan sering berlaku kerana lelaki dianggap kurang berusaha.
Sumber: Threads
The post Imran Ajmain Saran Kedai Mamak Sebagai Lokasi ‘First Date’ – ‘Menu Biasa Dilihat, Tekanan Kurang’ first appeared on OHBULAN!.





