30.3 C
Kuala Lumpur
Friday, July 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Janganlah Kegembiraan Kita Jadi Kesusahan Orang Lain’ – Dr Zulkifli Titip Pesanan Buat Ahli RXZ

    Shopee Sale

    Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tampil menitipkan beberapa pesanan kepada para peserta RXZ 8.0 yang berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos.

    Artikel Berkaitan: Suami Meraung Didakwa Bertaruh Cerai Isteri Talak Tiga Jika Argentina Kalah, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

    Artikel Berkaitan: Dr Zulkifli Kongsi Ciri-Ciri Pemimpin Yang Perlu Dipilih – ‘Janganlah Kerana Populariti’

    Pesanan buat ahli peserta RSX 8.0

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Dr Zulkifli mengingatkan bahawa jalan raya bukan sahaja menjadi tempat untuk mengumpul pahala, malah turut berpotensi mengundang dosa.

    Tambah Dr Zulkifli, jangan biarkan keterujaan menunggang RXZ secara konvoi menjadi punca kesulitan kepada orang lain.

    Jalan raya bukan hanya laluan menuju destinasi, tetapi juga medan untuk kita mengumpul pahala atau mengundang dosa.

    Janganlah kegembiraan kita menjadi kesusahan kepada orang lain.

    Janganlah bunyi motosikal kita menjadi sebab seorang bayi terjaga daripada tidur, seorang pesakit terganggu rehatnya, atau seorang warga emas terkejut kerana bunyi yang memekakkan telinga.

    Berhati-hatilah di jalan raya. Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan. Jangan berlumba, jangan memotong secara berbahaya, jangan membuat aksi yang mengundang padah. Mungkin kita yakin dengan kemahiran sendiri, tetapi kita tidak pernah tahu takdir Allah menanti di selekoh yang mana.

    Selain itu, Dr Zulkifli turut mengingatkan agar konvoi dihentikan seketika sebaik sahaja masuk waktu solat sebagai tanda mengutamakan kewajipan Allah sekali gus menjadi contoh teladan kepada masyarakat.

    Apabila azan berkumandang, berhentilah seketika. Biarlah tayar motosikal membawa kita ke rumah Allah sebelum membawa kita ke destinasi yang lain.

    Jagalah juga pandangan. Elakkan singgah di tempat-tempat yang mengundang fitnah dan maksiat.

    Semoga setiap kilometer yang dilalui berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

    Sumber: Threads @drzulkifli.albakri

    MENARIK:  Kehadiran Naim Daniel Ke Mahkamah Timbul Tanda Tanya

    The post ‘Janganlah Kegembiraan Kita Jadi Kesusahan Orang Lain’ – Dr Zulkifli Titip Pesanan Buat Ahli RXZ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah